Wednesday, August 24, 2011

Cinta Itu Buta 11

14 Tahun Kemudian


Nur Syahirah binti Ariffin bersandar di kerusi empuk yang didudukinya. Ah, sakitnya mata pandang lama-lama laptop di atas meja kerjanya. Sememangnya tugas sebagai salah seorang akauntan kanan Danidah Holding Sdn. Bhd. sangatlah penat. Angka-angka yang terpapar di skrin komputer ribanya itu memeningkan otaknya. Bagusnya kalau dapat berehat sebentar. Jam di tangan kutilik. Hmm, lagi sepuluh minit nak pukul satu. Maknanya lagi sepuluh minit lunch time. Okey, Sya. Bertahanlah, lagi sepuluh minit je.

"Cik Sya, Encik Haiqal nak jumpa dengan Cik Sya sekarang. Dia tunggu dekat pejabat dia." Beritahu setiausahaku setelah mengetuk pintu pejabatku.

"Okey Aina. Thanks." Ujarku. Lalu aku bergegas pergi ke pejabat ketuaku itu yang berada di tingkat 8. Hmm, pejabat aku tingkat 7, naik tangga jelah. Tak payah susah-susah tunggu lif lama-lama. Lagipun, dapat menyihatkan badan secara tak langsung. Pintu bilik ketuaku diketuk. Setelah mendengar perkataan 'masuk', aku membuka pintu dan masuk ke dalam.

"Saya nak awak sediakan laporan kewangan syarikat untuk suku tahun. Saya nak secepat mungkin." Hah? Hish, ni aku lemah ni. Laporan sana, laporan sini. Malasnya nak buat laporan lagi. Hmm, dah kerja, apa boleh aku buat.

"Baik Encik Haiqal. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu." Encik Haiqal mengangguk. Aku pun keluar daripada pejabatnya dan menuju ke pejabatku. Hmm, kerja bertimbun dekat meja pun tak habis lagi, dah tambah satu lagi. Takpelah Sya, bila kerja tak boleh banyak merungut. Kerja kenalah ikhlas. Eh, mana Aina ni? Meja Aina yang terletak di hadapan pejabatku ni kosong. Dah pergi lunch ke? Oh, dah pukul satu. Patutlah hilang budak ni. Eh, ada mesej masuklah daripada Nisa.

Ira! Jom pergi lunch dekat cafe The Moment. Aku on the way ke sana. Jumpa kau dekat sana


Nisa, Nisa. Ada-ada ajelah dia ni. Sekejap lunch dekat sana, sekejap lunch dekat sini. Nasib baik aku tahu jalan, kalau tak makan sorang-soranglah jawabnya. Hmm, bila fikir balik, dialah satu-satunya kawan rapat aku masa zaman sekolah dulu yang rapat dengan aku sekarang. Aqilah sibuk dengan dunia glamornya tu. Najihah pulak duduk nun jauh di London. Mencari pengalaman katanya. Aku bergegas menuju ke kereta Honda Civicku yang dihadiahkan oleh papa sempena aku mendapat kerja di syarikat ini tiga tahun lepas.

Enjin kereta dimatikan. Aku bergerak masuk ke dalam cafe tersebut. Setelah mengenal pasti Nisa di mana, lalu aku terus duduk di hadapannya. Datang seorang pelayan mengambil pesanan sambil tersenyum ke arah aku dan Nisa. Setelah memesan, pelayan tersebut berlalu pergi.

"Kau apa cerita? Dah mengandung ke?" Aku bertanya. Yalah, sudah dua tahun Nisa dan Syazwan berkahwin. Takkan masih tak ada tanda-tanda.

"Hmm, belum ada rezeki lagilah. Kau pulak? Bilanya aku dapat merasa nasi minyak kau? Dah lama aku tunggu tahu tak?"

"Nasi minyak aku? Entahlah. Aku malas nak fikir pasal kahwin-kahwin ni. Aku senang je hidup bujang. Tak payah menyesakkan fikiran memikirkan soal lelaki." Hish, cukuplah seorang lelaki menyusahkan hidup aku.

"Kau tak boleh macam tu Ira. Umur kau tu dah masuk 29 dah. Sikit je lagi nak jadi andartu. Kau tak bolehlah menggunakan alasan peristiwa antara kau dengan Emir tu sebagai penghalang untuk kau berumah tangga." Emir? Sudah lama nama itu tidak menjengah di bibirku.

"Nah, ais krim perisa strawberi favourite awak." Emir menyerahkan sebatang ais krim kepadaku. Lalu aku dan Emir berjalan-jalan sekitar tasik besar ini. Ada yang joging, ada kanak-kanak yang bermain di taman permainan dan ada juga yang duduk bersantai di tepi tasik ini.

"Macam mana awak tahu strawberry is my favourite? Anyway, thanks." Ujarku.

"Saya dapat tahu sejak kita pergi Cameron Highlands hari tu. Awak asyik beli strawberi je. Teh pun nak yang perisa strawberi, chocolate pun ada perisa strawberi and ais krim pun perisa strawberi. Jadi, kesimpulan yang dapat saya buat ialah awak memang suka apa-apa benda pun yang berperisa strawberi."

"Awak intip saya eh?" Ceh, aku ni pun tak tahu apa yang dia suka, dia boleh tahu aku suka apa. Tak pe, nanti aku akan siasat!

"Mestilah. Saya selalu perhatikan awak. Awakkan orang yang saya sayang. Kalau jadi apa-apa dekat awak, saya jugak yang susah." Balas Emir. Ambil berat pasal aku betul mamat ni. Ni yang makin aku sayang ni.

"Yelah tu." Lalu aku mencuit sedikit ais krimku dan aku calit ke pipi Emir. Emir menunjukkan muka tidak puas hatinya lalu dia mengejarku untuk membalas pula. Dan pada petang itu, aku dan Emir berkejar-kejaran dengan hati yang gembira.

"Ira! Kau ni kenapa? Makanan dah sampai dah, kau boleh termenung pulak." Nisa terjerit kecil lalu mematikan lamunanku. Eh, makanan dah sampai? Lama sangat ke aku mengelamun?

"Tulah kau. Eh, kau nak tahu sesuatu tak? Najihah dah nak kahwin. Lagi tiga bulan je. Dia balik sini bulan depan. Dia beritahu aku semalam."

"What? Lagi tiga bulan je? Tapi kenapa dia balik bulan depan? Dia patut balik awallah untuk preparation." Mesti dia nak kahwin dengan tunang dia tu. Akhirnya tamat jugak zaman bujang Najihah.

"Well, dia cakap keluarga dia dan keluarga bakal suami dia yang siapkan semuanya. Nanti dia balik, baru dia bagi kad undangan." Ujar Nisa. Hmm, tak sabar nak makan nasi minyak Najihah.

"Hmm, bestnya Najihah ada orang nakkan dia. Aku ni jelah yang bujang sampai ke tua."

"Aku peliklah sebenarnya ni. Nak kata kau ni penganggur, tak pulak. Nak kata kau ni tak cantik, tak jugak. Yelah, kaukan sekarang dah cun melecun. Dah tak pakai braces dan specs macam dulu. Kulit pun makin putih. Tapi, kenapa macam tak ada orang yang datang dekat kau?" Ya, boleh dikatakan penampilanku sekarang berbanding dulu agak ketara perubahannya.

"Ramailah jugak orang yang nak dekat aku tapi aku tolak awal-awal. Aku tak terfikir lagilah nak kahwin. Lagipun, aku tengah berusaha untuk menaiki tangga korporat."

"Hmm, aku tak tahulah nak cakap apa lagi dengan kau. Cuma satu je aku nak tanya, kau kumpul duit banyak-banyak tapi tak bahagia, nak buat apa? Harta tak dapat nak memberi kasih sayang kepada kau, tetapi manusia boleh. Sebab tulah, lepas ni kalau ada orang nakkan kau, jangan tolak awal-awal. Kenal jelah dulu, tak salahkan? Hmm, aku nak kena cepatlah. Kesian pesakit-pesakit aku tunggu dekat hospital tu. Aku pergi dulu tau. Nanti kalau aku free, kita lunch lagi." Setelah Nisa menjelaskan bil, dia berlalu pergi. Itulah Nisa, doktor yang kekurangan waktu rehat. Ada-ada ajelah masalah dekat hospital tu. Aku pun perlu bergerak sekarang. Dah pukul satu empat puluh minit ni.

***

"Sya, tak nak balik lagi? Dah pukul lima dah ni." Ujar Amira, yang juga merupakan seorang akauntan sepertiku.

"Eh, Amira. Erm, nak balik dah ni. Cuma ada sikit lagi nak kena siapkan. Kau nak balik dulu, baliklah." Balasku. Amira sudah lima tahun berkhidmat di syarikat ini. Masa mula-mula kerja dulu, Amiralah tempat untuk aku bertanya jika aku menghadapi masalah. Dialah teman sepejabat yang paling rapat dengan aku.

"Okeylah. Aku pergi dulu. Jangan kerja sampai tak ingat dunia tau!" Aku tersenyum mendengar amaran Amira. Setelah beberapa minit berlalu, masalah dalaman akaun syarikat berjaya aku selesaikan. Jadi, esok bolehlah aku mula siapkan laporan kewangan seperti yang diminta oleh Encik Haiqal. Aku segera pulang ke rumahku. Nanti kalau balik lewat, dapat dengar ceramah free daripada mama. Jadi, lebih baik aku pulang awal.

Sesudah memarkirkan keretaku, aku masuk ke dalam rumah. "Baru balik Sya?" Tegur Puan Intan. Walaupun umur sudah mencecah 50, kulit muka Puan Intan tidak menampakkan usianya.

"Mama, baru je. Banyak sangat kerja dekat pejabat. Penatlah." Ujarku setelah duduk di sofa.

"Kalau susah sangat, Sya kerja jelah dekat syarikat papa. Taklah asyik penat je mama tengok."

"Ala, mama. Sya nak cari pengalaman dululah. Tak naklah kerja dekat syarikat papa sekarang. Lagipun kakakkan ada uruskan syarikat papa tu."

"Kakak kamu tukan tengah mengandung sekarang. Kesianlah dia. Lagipunkan papa nak Sya yang jadi CEO syarikat dia nanti. So, apa kata Sya kerja dulu dekat syarikat papa sebagai akauntan. Nanti tak adalah Sya terkial-kial nak uruskan syarikat tu."

"Hmm, tunggulah setahun dua lagi mama. Sya nak cari pengalaman dulu dekat syarikat orang. Dahlah, Sya naik dulu eh mama. Tak solat lagi." Aku menaiki tangga lalu terus menuju ke bilik.

"Hish, bertuah punya budak. Bilalah dia nak kerja dekat syarikat abang." Puan Intan mengomel sendiri.

"Kenapa puan?" Tanya Nur, pembantu rumah Puan Intan.

"Itulah si Sya tu. Suruh kerja dekat syarikat papa dia, dia tak nak. Dia kata nak cari pengalaman dulu dekat syarikat orang. Hish, tak faham betullah budak zaman sekarang." Beritahu Puan Intan.

"Hmm, puan tak bolehlah paksa sangat budak tu. Nanti lagi dia tak nak. Satu masa nanti, saya yakin dia akan uruskan jugak syarikat tu." Nur memujuk majikannya.

No comments:

Post a Comment