Monday, August 1, 2011

Cinta Itu Buta 1

"Huh." Sya mengeluh sendirian. Ni semua jam loceng aku punya pasal. Disebabkan jam loceng itulah, aku terlewat bangun daripada tidur. Dan kini, aku termengah - mengah kepenatan kerana terpaksa berlari menuju ke sekolah. Mujur sempat sampai pada waktunya. Yalah, selalunya aku sampai awal ke sekolah kerana tidak mahu pengawas yang menjaga pagar sekolah itu mencatat namaku. 

"Ira, apasal dengan kau ni?" Suara dari belakang memecah gegendang telingaku.
"Ceh, kau rupanya. Aku ingat siapalah tadi. Tak ada apalah." Aku membalas.
"Apasal aku tengok kau ni dah macam baru lepas bersenam? Bukan ke sukan lepas rehat?" Tanya Nisa, kawan rapatku.
"Aku bangun lambatlah. Jam aku rosak. Tu yang berpeluh ni terkejar - kejar ke sekolah." Aku berkata dengan sedikit termengah - mengah.
"Dahlah. Jom masuk kelas. Nanti cikgu Atika dah masuk, kita juga yang susah." kata Nisa lalu aku pun membuntuti dia ke kelas.

***

Kringg! Bunyi jam loceng sekolah menandakan telah masuk waktu rehat bagi pelajar Tingkatan 3. Huh, akhirnya dapat juga aku rehatkan kepala otak aku ni. "Nisa, jom pergi koperasi." Aku berkata kepada Nisa yang sedang mengemas begnya. 

"Okey." Dia membalas.

Setelah tiba di tempat yang ditujui, aku lihat ramai orang berebut - rebut hendak membeli makanan atau minuman. Aku ternampak Aqilah yang hendak membeli minuman dan dengan segeranya aku meminta pertolongan dia untuk membeli minumanku sekali kerana aku sememangnya malas bab - bab berebut ni. Alah, Aqilah tu bukan sesiapa pun. Teman rapatku juga seperti Nisa. Tak lupa juga aku kepada Najihah yang juga teman rapatku. Sudah lama kita orang berkawan berempat. Setiap masalah dikongsikan bersama. Tapi aku paling rapat sekali dengan Nisa. Aku pun tak tahu mengapa. 

"Nah!" Tiba - tiba, Aqilah sudah berada di depan mataku sambil menghulurkan minumanku. Aku pun satu. Masa - masa ni pula boleh berangan. Aku tersenyum sendirian.

"Terima kasih wahai Aqilah yang cantik jelita bak bidadari." Pujiku. Yalah, orang dah tolong. Kenalah jaga hati dia. Nanti - nanti boleh aku minta tolong dia lagi. 

"Eleh, kau. Puji - puji aku pula. Okeylah, aku pergi dulu. Najihah tunggu aku dekat dewan makan." Ujar Aqilah yang tergesa - gesa berlalu.

"Ira, jom teman aku bertugas. Macam biasalah. Aku teman kau beli air, kau teman aku bertugas." Nisa berkata kepadaku. Baru saja aku hendak melangkah, aku nampak seorang lelaki yang tak pernah aku nampak lagi di sekolah ni. Maybe pelajar baru. Tiba - tiba, dia menoleh ke arahku. Dadaku tiba - tiba berdebar - debar. Kenapa pula dengan aku ni. Hish Sya, janganlah macam ni. 

"Ira! Kau tunggu apa lagi? Cepatlah. Nanti tak pasal - pasal aku kena marah dengan ketua aku." Tersentak aku apabila terdengar Nisa terjerit- jerit memanggilku yang terkial - kial ni. Eh, mana pula laki tu? Ke aku je yang ngigau ni? Kau ni Sya, siang - siang pun boleh mengigau. Terus aku berlalu mengikut Nisa bertugas di Blok E.

***

Penatnya aku hari ni. Rajin pula aku tolong cikgu Atika angkat barang - barang dia tadi. Sya, Sya, bukan ke kalau bab - bab tolong - menolong ni, kaulah orang pertama yang akan lari? Takpalah, sekali - sekala berbuat baik, apa salahnya. Sekarang baru pukul 10. Aku biasanya tidur pukul 12 malam. Yalah, remaja macam aku ni, tidur lambat tu dah macam perkara wajib. Tapi aku tersangatlah mengantuk sekarang ni sebab penat tadi. Dahlah terpaksa teman Nisa bertugas waktu rehat tadi. Eh, cerita pasal waktu rehat tadi, siapalah lelaki yang aku nampak tadi? Nak kata aku tak pakai specs, aku tak pernah buka specs kecuali bila nak tidur, mandi dan solat. Mungkin aku ni penat sangat tak? Kata orang, kalau diri tu penat, macam - macam boleh nampak.

"Sya! Syahirah!" Suara Puan Intan memanggil anaknya dari tingkat bawah. Tiada jawapan. 'Hish, manalah budak ni. Dia tak nak sambut papa dia balik ke? Penat papa dia baru balik dari London ni.' hatinya berkata. "Bang, saya panggil Sya dulu tau."

"Pergilah." Balas Encik Ariffin yang sedang berehat di sofa kerana hendak melepaskan penat duduk di kapal terbang selama berjam - jam.

Puan Intan naik ke tingkat dua rumahnya. Diketuk pintu bilik anaknya. Apabila tidak ada respon, dia memulas tombol pintu tersebut. Dilihatnya Sya telah tertidur di meja studynya. Lalu dia mengejutkan Sya supaya tidur di katil. Niatnya hendak menyuruh Sya turun bawah menjadi terbantut apabila melihat anaknya itu kepenatan.

"Mana Sya?" Tanya Encik Ariffin apabila melihat isterinya turun seorang saja.

"Dia dah tidur pula. Penat sangatlah tu agaknya di sekolah tadi. Biasanya dia tidur lambat." Balas Puan  Intan lalu duduk di sebelah suaminya.

No comments:

Post a Comment