Tuesday, August 2, 2011

Cinta Itu Buta 5

"Okey semua. Kita dah sampai dekat hotel. Bawa turun semua barang-barang kamu." Ujar Cikgu Atika sesudah sampai di perkarangan hotel. Besarnya hotel ni. Eh, hotel mestilah kena besar. Kalau tak macam mana orang nak duduk. Tapi, hotel ni besarlah. Aku ni dah macam orangjakunlah pulak padahal aku pernah tengok hotel yang lagi besar daripada hotel ni.

Semua pelajar pun turun daripada bas lalu mengusung beg masing-masing ke lobi hotel. Sambil menunggu Cikgu Atika check in, aku pun berjalan-jalanlah sekitar lobi hotel. Luasnya ruang lobi hotel ni. Nak main bola sepak pun boleh. Lampu dia pulak, mak aih. Lagi besar daripada almari baju aku. Tu baru lampu. Belum lagi benda lain. Setelah puas melihat-lihat keadaan hotel, aku menuju ke arah kawan-kawanku. Semua muka penat-penat sebab perjalanan jauh. Memang bagus jugaklah cikgu terus bagi kita orang masuk bilik. Boleh tidur hilangkan penat.

"Baiklah semua. Dengar sini. Saya nak, 32 orang pelajar perempuan dan 32 orang pelajar lelaki berpecah kepada 16group. 1 group ada 4 orang. Kemudian, tentukan ketua masing-masing. Lepas tu, ketua-ketua ni mesti jumpa saya untuk ambil kunci bilik. Saya bagi masa 7 minit untuk buat apa yang saya suruh." Ujar Cikgu Atika panjang. Maka semua pelajar pun berlegar-legar mencari kumpulan. Tapi,as for me, aku memang dah ada kumpulan dah. Siapa lagi kalau bukan Nisa, Aqilah dan Najihah.

"Korang, siapa nak jadi ketua ni?" Aku bertanya. Karang, tak pasal-pasal tak dapat bilik pulak sebab tak ada ketua kumpulan.

"Aku cadang Najihah. Sebab dia agak berketerampilan, amanah, cekap dan efektif." Cadang Nisa.

"Kau ni buat iklan kat sini pulak. Hmm, Najihah pun okay." ujarku. Dengan kata-kata sepakat, aku dan yang lain melantik Najihah sebagai ketua kumpulan, ketua bilik dan ketua yang menjaga kita orang. Setelah mendapat kunci bilik, aku pun bergeraklah ke bilikku di tingkat 4. Mengikut kata-kata Najihah, semua 16 kumpulan punya bilik berada di aras yang sama iaitu tingkat 4. Baru saja aku hendak membuka pintu bilik 408, terdengar suara seseorang di muka pintu bilik 409.

"Ira? Ya Allah. Awak duduk sebelah bilik saya ke? Wah, bertuahnya saya." Orang itu menegurku.

"Emir? Bilik 409 tu bilik awak ke? Macam mana awak boleh dapat bilik sebelah saya?" Aku membalas tanpa menghiraukan muka rakan-rakanku yang sedang berkerut. Mungkin mereka pelik kerana sebelum ni aku tak rapat dengan Emir. Tiba-tiba, boleh bercakap tak ingat kawan-kawan. Manalah dia orang tak pelik.

"Well, ketua saya cakap bilik 401 sampai bilik 408 ialah bilik pelajar perempuan manakala bilik 409 hingga bilik 416 ialah bilik pelajar lelaki. Boleh pulak nasib kita bilik sebelah-menyebelah." ujar Emir. Hanya dia seorang saja yang ada di depan biliknya. Mungkin kawan-kawan dia dah masuk bilik.

"Siapa ketua awak?" Tanyaku dengan nada prihatin. Yalah, aku nak juga tahu siapa kumpulan bilik sebelahku ini. Akukan jiran prihatin. Hehe...

"Ketua saya Shafiq. Yang dua lagi tu nama dia Syazwan dan Nazhif." Terang Emir.

"Ehem. Amboi, bestnya korang berborak. Tak nampak pun kita orang berdiri macam tugu kat sini. Penat tau. Lama lagi ke nak habis?" Nisa menyampuk. Terus merah muka aku. Nisa nikan, buat malu aku jelah.

"La, kenapa korang berdiri kat sini? Asal tak masuk?" Apalah korang, dari tadi tak nak masuk. Sekarang buat malu aku je depan Emir.

"Kita orang tunggu kaulah. Kad bilikkan kat kau. Dah penat kita orang berdiri. Dia boleh sempat dating pulak." Alamak, aku lupa pulak kad bilik kat aku. Tadi aku yang beriya-iya nak bukak. Dengan perasaan malu, aku buka jugalah pintu bilikku itu.

"Okeylah Emir. Nanti kalau ada masa, kita borak lagi. Assalamualaikum." Aku menutup perbualan.

"Okey. Waalaikumussalam." Emir menjawab dengan senyuman di bibir. Lalu aku pun masuk ke dalam bilikku. Agak besar bilik ni. Ada dua single bed. Tapi single bed dia lebar. So, boleh tidur dua orang satu katil. Bilik air dia pulak, ada shower dan tub. Ada tv, balkoni, dan macam-macam keperluan lain. Ni yang best ni. Tidur dengan kawan-kawan pulak tu. Aku dan yang lain pun baringlah dekat katil. Akhirnya, kami terlena kerana terlalu penat.

***

Kringg!!! Kringg!!!

Aduh, siapa pulaklah telefon ni? Ganggu orang nak tidur je. Gagang telefon hotel kucapai. "Helo, assalamualaikum. Siapa ni?" ujarku dalam keadaan mamai sedikit.

"Helo, waalaikumussalam. Ni Cikgu Atika. I need you and your group to be at the hotel lobby by 3p.m. Understand?" Cikgu Atika? Eh, cikgu akulah. Ceh, tadi masa nak naik bilik, tak nak cakap. Sekarang baru nak calling-calling.

"Alright, teacher. Just wait for us." Balasku. Gagang telefon aku letak. Aku tilik jam tanganku. Ya Allah! Sekarang dah pukul 2.45. Mana sempat nak bersiap. Nak solat lagi. Kawan-kawan aku ni pun tidur lagi. Haish, cikgu ni pun satu. Baru nak beritahu. Kan senang kalau cakap awal-awal. Dengan segeranya aku mengejutkan kawan-kawanku yang sememangnya liat nak bangun. Kemudian, aku ke tandas untuk mengambil wuduk dan menunaikan tanggungjawabku sebagai hamba Allah. Harap-haraplah, Cikgu Atika tak marah aku lambat nanti.

Sesudah semua orang siap, aku pun turunlah ke lobi hotel. Hanya separuh pelajar yang sudah bersedia. Cikgu Atika pun ada. Nampaknya, bukan aku jelah yang lambat. Nasib baik ada orang lain yang lagi lambat. Kalau tak, malu seumur hiduplah jawabnya. Setelah semua pelajar sudah bersiap, cikgu pun menyuruh semua pelajar dengar apa yang hendak dia sampaikan.

"Alright everybody. Listen to me. Malam esok seperti yang dirancangkan, we all have a dinner. Semua orang dah tahu temanyakan? Formal. Untuk dinner malam esok, anda dikehendaki untuk mencari pasangan masing-masing. Of courselah lelaki dengan perempuan. Bukan pasangan lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan ya! Dan malam itu juga, kita akan sediakan hadiah untuk the best couple of the year. You all have until 5p.m. tomorrow to find your couple. Sekiranya anda masih tidak ada pasangan pada pukul 5 petang esok, silalah berjumpa dengan saya. Saya akan satukan anda dengan orang yang senasib dengan anda. And don't forget something. Dinner akan start pada pukul 8.30 malam. Anda harus daftar di pintu Ballroom 4 selewat-lewatnya sebelum 8.15 malam. Kalau ada apa-apa soalan, jangan segan-silu untuk berjumpa dengan saya atau Cikgu Amir. " Terang Cikgu Atika panjang lebar.

Kemudian, semua dikehendaki untuk naik bas untuk berpusing-pusing sekitar Cameron Highlands ni. Tapi kali ni, dah tak ada dah bas tu untuk lelaki, bas ni untuk perempuan. Semua orang naik je bas mana-mana pun. Tapi, aku dan kumpulanku mana boleh berenggang. Hehe... Aku dan Nisa mengambil tempat duduk yang agak tengah. Hmm, manalah aku nak cari 'couple' aku untuk malam esok. Lelaki manalah yang nak datang dinner tu dengan aku. Yalah, aku ni taklah macam Aqilah. Dia cantik, kulit putih dan ayu. Aku ni, muka dahlah tak berapa nak cantik, kulit kuning langsat, pakai braces dengan specs dan tak berapa nak ayu. Kiranya, lelaki nak pandang aku sebelah mata pun tak ingin. Bagi dia orang, lebih baiklah pandang Aqilah yang cun-melecun tu daripada nak pandang aku yang hampeh ni. Nisa dan Najihah tu pun lagi cantik daripada aku sebenarnya.

Kesimpulannya, antara kita orang berempat, akulah yang paling corot sekali kalau sentuh bab-bab cantik ni. Lelaki kalau nak pilih aku pun, kena fikir seratus kali. Tu belum kira yang handsome. Lelaki handsome lagilah... Fikir seribu kali pun belum tentu ada yang mahu. Eh, macam aku kenallah mamat tu. Ha'ahlah. Tukan Emir. La, duduk sebaris dengan akulah pulak. Siap tersenyum-senyum lagi kat aku. Haihlah, hati. Janganlah kau terpikat. Nanti kau jugak yang merana. Lelaki handsome pulak tu. Memang macam mission impossiblelah untuk Emir yang kacak tu suka dekat Sya yang hampeh ni.

"Ira, aku tengok, Emir tu macam suka je dekat kau." Ujar Nisa di sebelahku.

"Apa yang kau merepek ni Nisa? Dia yang handsome tu manalah akan jatuh cinta dengan aku yang muka hampeh ni."

"Tak baiklah kau ni cakap macam tu. Manalah tau kalau dia tu jodoh kau. Kau mesti ingat Ira. Cinta itu buta. Cinta tak kenal paras rupa."

"Entahlah Nisa. Aku tak boleh nak percaya cerita yang lelaki kacak jatuh cinta dengan perempuan muka hampeh. Macam mustahil. Kalau betullah si Emir tu suka dekat aku, aku kena buat kenduri tujuh hari tujuh malam tak? Mungkin lepas tu barulah aku akan percaya cakap kau yang cinta itu buta."

"Hmm, suka hati kaulah Ira. Aku dah cakap, kau yang tak nak percaya. Aku yakin Ira. Satu hari nanti, kau akan percaya jugak yang cinta itu buta." Aku hanya menggeleng melihat sikap rakanku yang seorang ini. Ada-ada ajelah si Nisa ni. Cinta itu buta? Hish, tak mungkinlah. Kan elok kalau lelaki kacak dengan perempuan cantik. Setakat muka macam aku ni, dengan mamat jual pisang goreng bolehlah.

No comments:

Post a Comment