Friday, August 12, 2011

Cinta Itu Buta 9

Kring Kring!

Adoyai, bisinglah jam loceng ni. Nak tidur pun tak senang. Aku bangun daripada katil lalu menutup deringan jam locengku. Hmm, dah pukul 6.45 pagilah pulak. Baik aku solat subuh cepat. Karang, tak pasal-pasal dapat dosa free. Kawan-kawan aku ni pun lagi satu. Bukan reti nak bangun. Tidur mati betullah dia orang ni. Aku mengejutkan mereka bertiga lalu aku menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat.

Usai solat, kawan-kawanku lena diulit mimpi lagi. Hanya aku sahaja yang tercongok di ruang balkoni bilik itu. Hmm, lebih baik aku jalankan pelan aku tu sekarang. Cuaca pun nyaman je pagi-pagi buta macam ni. Aku melihat ke arah kawasan swimming pool yang berada di bawah. Nasib baik aku dapat bilik yang balkoninya menghadap swimming pool. Macam tak ada orang je. Yang ada cuma orang jaga towel je. Yalah, sekarang baru pukul 7 pagi. Semua pun liat-liat lagi nak bangun. Aku bersiap ala kadar sahaja dengan memakai t-shirt lengan panjang berwarna merah jambu, skirt panjang berwarna hitam dan bertudung.

Aku menulis nota kecil bertulis 'Kalau ada apa-apa, aku ada dekat swimming pool. Salam sayang, Ira' dan aku tampal di kaca televisyen. Kalau aku tampal dekat situ, confirm dia orang baca punyalah. Sesudah sampai di kawasan swimming pool, aku duduk di swimming pool chair yang berhadapan dengan swimming pool bagi orang dewasa. Setelah aku sandar di kerusi tersebut, aku teringat kembali peristiwa malam tadi. Sakitnya hati aku, hanya Allah saja yang tahu. Sudahlah Sya, jangan fikirkan pasal perkara tu lagi. Buat sakit otak je. Lagipun kaukan nak merehatkan minda, sebab tu kau buat pelan pagi-pagi dah berada di kawasan swimming pool ni.

Angin yang dingin pada pagi itu menyapa kulitku. Matahari yang baru hendak terbit menyinari pagiku. Aku capai beg tanganku dan mengeluarkan sebuah novel dan ipod nanoku. Kemudian aku meletakkan kembali beg tanganku dan kusumbat earphone ke telingaku. Dan aku memulakan pagiku pada hari ini sebagai pembaca novel penyiasatan.

***

Ah, tenangnya pagi ini. Walaupun banyak masalah berlegar-legar di otak, namun pagi yang tenang ini dapat melupakan semua masalah itu seketika. Mata dihalakan ke arah kolam renang di bawah sana. Ah, bestnya kalau dapat swimming pada hari terakhir aku dekat sini. Tiba-tiba, mataku ternampak kelibat seseorang yang sedang bersandar baring di kerusi kolam renang. Aku macam kenal beg tangan orang tu. Ahah, tukan beg Ira. Aku ingat lagi dia bawa beg tu naik bas hari tu. Maknanya orang yang tengah baca buku tu Iralah? Hmm, bagus betul. Masa nilah yang paling sesuai untuk aku bercakap dengan dia.

Aku menyarung t-shirt lengan pendek berwarna biru dengan seluar tiga suku. Shades milik Syazwan yang berada di atas meja kucapai. Aku lihat sekeliling. Haih, kawan-kawan aku ni. Sorang tidur mati sampaikan kejut 10 kali pun belum tentu bangun. Sorang tidur air liur meleleh-leleh, kalau aku letak baldi, agaknya penuh baldi tu tak. Sorang lagi tidur asyik ngigau, entah ngigau pasal apalah. Aku nak tidur malam pun susah, asyik ada aje orang bercakap-cakap, terjerit-jerit dalam tidur. Apa kenalah dia orang ni. Buat malu kaum Adam je.

Eh, laki pakai shades ni. Selamba badak je duduk kat sebelah aku. Memanglah ada meja kecil dan pendek yang comel ni memisahkan antara aku dengan lelaki ni, tapi macam dah tak ada tempat lain pulak dia nak duduk padahal belambak lagi kerusi kat sini. Hmm, apa-apa ajelah. Yang penting dia tak raba aku, curi barang aku atau apa-apa benda jahat yang lain. Karang, ada jugak yang makan penampar. Muka dah handsome tapi kesian, pipi merah kena tampar. Hehe... Berangan terlebih pulak aku ni. Sambung baca baliklah. Tiba-tiba layan mamat ni dalam hati pulak. Apa kenalah dengan kau ni Sya...

Setelah 20 minit aku membaca, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku memusingkan badanku ke arah lelaki pakai shades yang tengah sibuk main permainan di telefon bimbitnya. Laki ni masih ada ke? Dia duduk sini semata-mata hendak main game dekat handphone je? Hmm, suka hati dialah. Aku mengambil beg tanganku dan ku jawab panggilan daripada Nisa.

"Assalamualaikum... Dah siap?... Korang nak pergi sarapan?... Kau tunggu aku dekat luar restoran hotel ni. Nanti aku datang... Bye." Aku mematikan panggilan tersebut. Tiba-tiba mamat dekat depan aku ni bangun lalu memusingkan badannya ke arahku. Hish, apa pulak laki ni nak buat dekat aku. Janganlah dia buat perkara yang tak senonoh. Baik aku pergi dari sini. Aku pun nak join kawan-kawan aku sarapan ni.

Belum sempat aku hendak memasukkan kembali handphoneku ke dalam beg tangan, handphone aku terlepas daripada genggaman. Oh, tidak! Aku tidak sanggup untuk menghadapinya lagi. Dengan segeranya aku berlalu meninggalkan kawasan swimming pool itu. Aku terus berlari-lari anak menuju ke restoran hotel tersebut. Apabila melihat rakan-rakanku sudah menungguku dihadapan pintu restoran, aku mengajak mereka masuk.

***

"Room number?" Tanya pekerja hotel itu sambil tersenyum ke arahku.

"Bilik 408. Empat orang." Jawabku. Terus aku dan kawan-kawanku mengambil makanan yang tersedia. Banyak betul chef hotel ni masak. Terliur aku dibuatnya. Aku mengambil nasi lemak dan jus oren lalu duduk di sebelah Nisa yang sudah pun makan.

"Ira, kau pergi swimming ke tadi?" Soal Najihah ketika aku baru hendak menyuap makanan ke dalam mulutku menggunakan sudu yang tersedia.

"Eh, tak delah. Aku cuma duduk bersantai tepi kolam renang sambil baca novel je." Teringat kembali peristiwa di tepi kolam renang tadi.

Baru aku hendak memasukkan handphoneku kedalam beg tangan, lelaki di depanku membuka shadesnya. Ya Allah! Emir? Jadi selama ini, mamat yang duduk sebelahku ini ialah Emir? Telefon yang berada di genggaman terlepas. Macam mana aku boleh tak perasankan dia. Hmm, memang tak boleh nak perasanlah bila dia pakai shades.

Apabila aku memandang mukanya, aku teringat peristiwa malam itu. Oh, tidak! Aku tidak sanggup untuk menghadapinya lagi. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Baru Emir hendak mengatakan sesuatu, aku bangun lalu meninggalkannya dengan segera. Aku berlari-lari anak menuju ke restoran hotel supaya dia tidak dapat mengikutku.

"Ira!" Lamunanku terhenti apabila Aqilah memanggil namaku.

"Apa kena dengan kau ni? Siang-siang pun boleh berangan. Aku tanya kau soalan, bukannya kau nak jawab. Pergi mengelamun pulak. Buat membazir air liur aku je." Najihah pula berkata. Aku hanya mampu tersenyum sahaja kepada kawanku yang seorang itu.

"Cik Ira, ada satu surat untuk cik." Tiba-tiba datang seorang pelayan hotel lalu menyerahkan satu sampul surat kepadaku.

"Untuk saya? Daripada siapa?" Soalku. Ish, pelik ni. Tiba-tiba ada orang nak bagi aku surat. Buang tabiat ke apa? Ke salah orang ni?

"Ya, untuk Cik Ira. Saya tidak boleh memberitahu siapa. Nah, Cik Ira." Aku menyambut sampul surat itu lalu mengucapkan terima kasih kepada pelayan itu. Pelayan itu tersenyum ke arahku sebelum berlalu dari situ.

"Wah, Ira. Kau ada peminat ke? Siap bersurat-surat lagi. Macam orang dulu-dululah pulak. Bercinta pakai surat." Ujar Aqilah.

"Kau ni, bila masanyalah pulak aku bercinta? Haish, kau pun dah buang tabiat pulak pagi-pagi ni." Balasku kembali. Aku membuka sampul surat itu perlahan-lahan. Terdapat sekeping kertas di dalamnya. Aku mengambil kertas tersebut lalu kubaca.

Handphone awak ada pada saya. Kalau awak nak, jumpa saya di taman hotel pada pukul 9 pagi. -Emir-

Alamak, baru aku ingat yang handphone aku terjatuh masa aku tinggalkan dia tadi. Hish, aku baru nak melarikan diri daripada dia, tak sangka pulak aku kena menghadap muka dia lagi. Tapikan, macam mana dia boleh tahu aku ada dekat sini? Hmm, mesti dia dengar apa yang aku berbual dengan Nisa dekat handpone. Hish, Emir ni. Menyusahkan aku je. Kenapalah dia tak bagi je, ni nak bersurat-menyurat pulak.

No comments:

Post a Comment