Wednesday, August 24, 2011

Cinta Itu Buta 11

14 Tahun Kemudian


Nur Syahirah binti Ariffin bersandar di kerusi empuk yang didudukinya. Ah, sakitnya mata pandang lama-lama laptop di atas meja kerjanya. Sememangnya tugas sebagai salah seorang akauntan kanan Danidah Holding Sdn. Bhd. sangatlah penat. Angka-angka yang terpapar di skrin komputer ribanya itu memeningkan otaknya. Bagusnya kalau dapat berehat sebentar. Jam di tangan kutilik. Hmm, lagi sepuluh minit nak pukul satu. Maknanya lagi sepuluh minit lunch time. Okey, Sya. Bertahanlah, lagi sepuluh minit je.

"Cik Sya, Encik Haiqal nak jumpa dengan Cik Sya sekarang. Dia tunggu dekat pejabat dia." Beritahu setiausahaku setelah mengetuk pintu pejabatku.

"Okey Aina. Thanks." Ujarku. Lalu aku bergegas pergi ke pejabat ketuaku itu yang berada di tingkat 8. Hmm, pejabat aku tingkat 7, naik tangga jelah. Tak payah susah-susah tunggu lif lama-lama. Lagipun, dapat menyihatkan badan secara tak langsung. Pintu bilik ketuaku diketuk. Setelah mendengar perkataan 'masuk', aku membuka pintu dan masuk ke dalam.

"Saya nak awak sediakan laporan kewangan syarikat untuk suku tahun. Saya nak secepat mungkin." Hah? Hish, ni aku lemah ni. Laporan sana, laporan sini. Malasnya nak buat laporan lagi. Hmm, dah kerja, apa boleh aku buat.

"Baik Encik Haiqal. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu." Encik Haiqal mengangguk. Aku pun keluar daripada pejabatnya dan menuju ke pejabatku. Hmm, kerja bertimbun dekat meja pun tak habis lagi, dah tambah satu lagi. Takpelah Sya, bila kerja tak boleh banyak merungut. Kerja kenalah ikhlas. Eh, mana Aina ni? Meja Aina yang terletak di hadapan pejabatku ni kosong. Dah pergi lunch ke? Oh, dah pukul satu. Patutlah hilang budak ni. Eh, ada mesej masuklah daripada Nisa.

Ira! Jom pergi lunch dekat cafe The Moment. Aku on the way ke sana. Jumpa kau dekat sana


Nisa, Nisa. Ada-ada ajelah dia ni. Sekejap lunch dekat sana, sekejap lunch dekat sini. Nasib baik aku tahu jalan, kalau tak makan sorang-soranglah jawabnya. Hmm, bila fikir balik, dialah satu-satunya kawan rapat aku masa zaman sekolah dulu yang rapat dengan aku sekarang. Aqilah sibuk dengan dunia glamornya tu. Najihah pulak duduk nun jauh di London. Mencari pengalaman katanya. Aku bergegas menuju ke kereta Honda Civicku yang dihadiahkan oleh papa sempena aku mendapat kerja di syarikat ini tiga tahun lepas.

Enjin kereta dimatikan. Aku bergerak masuk ke dalam cafe tersebut. Setelah mengenal pasti Nisa di mana, lalu aku terus duduk di hadapannya. Datang seorang pelayan mengambil pesanan sambil tersenyum ke arah aku dan Nisa. Setelah memesan, pelayan tersebut berlalu pergi.

"Kau apa cerita? Dah mengandung ke?" Aku bertanya. Yalah, sudah dua tahun Nisa dan Syazwan berkahwin. Takkan masih tak ada tanda-tanda.

"Hmm, belum ada rezeki lagilah. Kau pulak? Bilanya aku dapat merasa nasi minyak kau? Dah lama aku tunggu tahu tak?"

"Nasi minyak aku? Entahlah. Aku malas nak fikir pasal kahwin-kahwin ni. Aku senang je hidup bujang. Tak payah menyesakkan fikiran memikirkan soal lelaki." Hish, cukuplah seorang lelaki menyusahkan hidup aku.

"Kau tak boleh macam tu Ira. Umur kau tu dah masuk 29 dah. Sikit je lagi nak jadi andartu. Kau tak bolehlah menggunakan alasan peristiwa antara kau dengan Emir tu sebagai penghalang untuk kau berumah tangga." Emir? Sudah lama nama itu tidak menjengah di bibirku.

"Nah, ais krim perisa strawberi favourite awak." Emir menyerahkan sebatang ais krim kepadaku. Lalu aku dan Emir berjalan-jalan sekitar tasik besar ini. Ada yang joging, ada kanak-kanak yang bermain di taman permainan dan ada juga yang duduk bersantai di tepi tasik ini.

"Macam mana awak tahu strawberry is my favourite? Anyway, thanks." Ujarku.

"Saya dapat tahu sejak kita pergi Cameron Highlands hari tu. Awak asyik beli strawberi je. Teh pun nak yang perisa strawberi, chocolate pun ada perisa strawberi and ais krim pun perisa strawberi. Jadi, kesimpulan yang dapat saya buat ialah awak memang suka apa-apa benda pun yang berperisa strawberi."

"Awak intip saya eh?" Ceh, aku ni pun tak tahu apa yang dia suka, dia boleh tahu aku suka apa. Tak pe, nanti aku akan siasat!

"Mestilah. Saya selalu perhatikan awak. Awakkan orang yang saya sayang. Kalau jadi apa-apa dekat awak, saya jugak yang susah." Balas Emir. Ambil berat pasal aku betul mamat ni. Ni yang makin aku sayang ni.

"Yelah tu." Lalu aku mencuit sedikit ais krimku dan aku calit ke pipi Emir. Emir menunjukkan muka tidak puas hatinya lalu dia mengejarku untuk membalas pula. Dan pada petang itu, aku dan Emir berkejar-kejaran dengan hati yang gembira.

"Ira! Kau ni kenapa? Makanan dah sampai dah, kau boleh termenung pulak." Nisa terjerit kecil lalu mematikan lamunanku. Eh, makanan dah sampai? Lama sangat ke aku mengelamun?

"Tulah kau. Eh, kau nak tahu sesuatu tak? Najihah dah nak kahwin. Lagi tiga bulan je. Dia balik sini bulan depan. Dia beritahu aku semalam."

"What? Lagi tiga bulan je? Tapi kenapa dia balik bulan depan? Dia patut balik awallah untuk preparation." Mesti dia nak kahwin dengan tunang dia tu. Akhirnya tamat jugak zaman bujang Najihah.

"Well, dia cakap keluarga dia dan keluarga bakal suami dia yang siapkan semuanya. Nanti dia balik, baru dia bagi kad undangan." Ujar Nisa. Hmm, tak sabar nak makan nasi minyak Najihah.

"Hmm, bestnya Najihah ada orang nakkan dia. Aku ni jelah yang bujang sampai ke tua."

"Aku peliklah sebenarnya ni. Nak kata kau ni penganggur, tak pulak. Nak kata kau ni tak cantik, tak jugak. Yelah, kaukan sekarang dah cun melecun. Dah tak pakai braces dan specs macam dulu. Kulit pun makin putih. Tapi, kenapa macam tak ada orang yang datang dekat kau?" Ya, boleh dikatakan penampilanku sekarang berbanding dulu agak ketara perubahannya.

"Ramailah jugak orang yang nak dekat aku tapi aku tolak awal-awal. Aku tak terfikir lagilah nak kahwin. Lagipun, aku tengah berusaha untuk menaiki tangga korporat."

"Hmm, aku tak tahulah nak cakap apa lagi dengan kau. Cuma satu je aku nak tanya, kau kumpul duit banyak-banyak tapi tak bahagia, nak buat apa? Harta tak dapat nak memberi kasih sayang kepada kau, tetapi manusia boleh. Sebab tulah, lepas ni kalau ada orang nakkan kau, jangan tolak awal-awal. Kenal jelah dulu, tak salahkan? Hmm, aku nak kena cepatlah. Kesian pesakit-pesakit aku tunggu dekat hospital tu. Aku pergi dulu tau. Nanti kalau aku free, kita lunch lagi." Setelah Nisa menjelaskan bil, dia berlalu pergi. Itulah Nisa, doktor yang kekurangan waktu rehat. Ada-ada ajelah masalah dekat hospital tu. Aku pun perlu bergerak sekarang. Dah pukul satu empat puluh minit ni.

***

"Sya, tak nak balik lagi? Dah pukul lima dah ni." Ujar Amira, yang juga merupakan seorang akauntan sepertiku.

"Eh, Amira. Erm, nak balik dah ni. Cuma ada sikit lagi nak kena siapkan. Kau nak balik dulu, baliklah." Balasku. Amira sudah lima tahun berkhidmat di syarikat ini. Masa mula-mula kerja dulu, Amiralah tempat untuk aku bertanya jika aku menghadapi masalah. Dialah teman sepejabat yang paling rapat dengan aku.

"Okeylah. Aku pergi dulu. Jangan kerja sampai tak ingat dunia tau!" Aku tersenyum mendengar amaran Amira. Setelah beberapa minit berlalu, masalah dalaman akaun syarikat berjaya aku selesaikan. Jadi, esok bolehlah aku mula siapkan laporan kewangan seperti yang diminta oleh Encik Haiqal. Aku segera pulang ke rumahku. Nanti kalau balik lewat, dapat dengar ceramah free daripada mama. Jadi, lebih baik aku pulang awal.

Sesudah memarkirkan keretaku, aku masuk ke dalam rumah. "Baru balik Sya?" Tegur Puan Intan. Walaupun umur sudah mencecah 50, kulit muka Puan Intan tidak menampakkan usianya.

"Mama, baru je. Banyak sangat kerja dekat pejabat. Penatlah." Ujarku setelah duduk di sofa.

"Kalau susah sangat, Sya kerja jelah dekat syarikat papa. Taklah asyik penat je mama tengok."

"Ala, mama. Sya nak cari pengalaman dululah. Tak naklah kerja dekat syarikat papa sekarang. Lagipun kakakkan ada uruskan syarikat papa tu."

"Kakak kamu tukan tengah mengandung sekarang. Kesianlah dia. Lagipunkan papa nak Sya yang jadi CEO syarikat dia nanti. So, apa kata Sya kerja dulu dekat syarikat papa sebagai akauntan. Nanti tak adalah Sya terkial-kial nak uruskan syarikat tu."

"Hmm, tunggulah setahun dua lagi mama. Sya nak cari pengalaman dulu dekat syarikat orang. Dahlah, Sya naik dulu eh mama. Tak solat lagi." Aku menaiki tangga lalu terus menuju ke bilik.

"Hish, bertuah punya budak. Bilalah dia nak kerja dekat syarikat abang." Puan Intan mengomel sendiri.

"Kenapa puan?" Tanya Nur, pembantu rumah Puan Intan.

"Itulah si Sya tu. Suruh kerja dekat syarikat papa dia, dia tak nak. Dia kata nak cari pengalaman dulu dekat syarikat orang. Hish, tak faham betullah budak zaman sekarang." Beritahu Puan Intan.

"Hmm, puan tak bolehlah paksa sangat budak tu. Nanti lagi dia tak nak. Satu masa nanti, saya yakin dia akan uruskan jugak syarikat tu." Nur memujuk majikannya.

Thursday, August 18, 2011

Cinta Itu Buta 10

Ish, mana pulak mamat ni? Dia yang suruh aku datang sini, dia pulak tak ada. Karang ada jugak yang makan pelempang karang. Eh, mana boleh. Mana boleh lempang orang yang aku minat. Gila ke apa. Okey, tu tak kisahlah. Yang penting sekarang ni, dia ni mana? Dah berjam-jam dah aku tercongok kat sini. Tak pe. Aku kira sampai sepuluh. Kalau tak ada jugak, aku blah. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,

"Ira, dah lama tunggu?" Tegur Emir yang baru datang. Entah dari mana pun aku tak tahu.

"Eh, taklah. Saya baru sampai. Baru je sampai. Baru sampai 10 minit yang lalu." Balasku. Kau yang suruh aku datang, kau pulak lambat.

"Ye ke? Ala, kesiannya dia. Sorry." Ceh, nak kesian-kesian pulak. Macamlah aku termakan dengan kata-kata kau tu. Eh, ni Syalah.

"Dah, tak payah nak kesian-kesian. Cerita dia sekarang ni, pulangkan balik handphone saya. Saya belum kemas beg lagi ni."

"Dah nak pergi dah ke? Relakslah dulu. Borak-boraklah sekejap dengan saya." Borak? Beg aku dahlah belum kemas. Lagi satu jam cikgu dah suruh berkumpul. Ada jugak aku kena tinggal nanti.

"Saya tak ada masa lah nak berborak dengan awak. Awak pergilah borak dengan Tasya kesayangan awak tu. Bagilah cepat handphone saya tu." Hish, Tasya dia tu ada. Aku pulak yang diajak berborak.

"Borak dengan saya dulu. Then, baru saya bagi handphone awak yang cute ni." Ya, aku tahu telefon bimbitku memang comel. Telefon jenama HTC dan ada tali berwarna merah jambu berjurai-jurai.

"Okey, fine. Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Ala, nanti dia mesti pulangkan jugak handphone aku tu nanti. Yelah, anak Tan Sri manalah nak ambil hak orang. Jatuh imej ayah dia nanti. Hmm, aku pergi jelah. Aku baru berjalan dua tapak, tanganku dipegang oleh seseorang.

"Awak ni kenapa? Lepaslah."

"Dengar apa yang saya nak cakap dulu. Baru saya lepaskan."

"Emir, tolonglah lepaskan tangan saya. Sakitlah awak buat saya macam ni." Kuatnya genggaman dia. Tangan aku yang kurus ni tak mampu untuk melepaskan diri walaupun aku telah cuba beberapa kali.

"Okey, tapi dengan syarat. Awak tak akan pergi selagi saya tak habis cakap. Janji?" Hish, ada main syarat-syarat pulak. Apa-apa ajelah. Janji dia lepaskan tangan aku.

"Ye okey. Saya janji." Lalu tanganku dilepaskan. Berbekas merah-kemerahan di tanganku. Lalu aku duduk di kerusi panjang yang tersedia di tepi. Dia pun mengikut apa yang aku buat.

"Sebenarnya saya tak ada apa-apa pun dengan Tasya. Malam tu saya tak nak layan Tasya tapi dia paksa-paksa saya, saya dah tak ada pilihan. Saya minta maaf sangat sebab biar awak pergi macam tu aje." Terang Emir. Tak ada pilihan konon. Alasan je tu.

"Tak ada istilah 'tak ada pilihan' sebenarnya dalam hidup kita ni. Awak ada pilihan sebenarnya. Awak lelaki, dia perempuan. Takkan awak lagi lembik daripada dia? And lagi satu, kenapa awak cerita perkara sebenar ni dekat saya? Awak nak menggedik dengan Tasya tukan hak awak. Saya tak ada hak nak halang awak."

"Memang saya ada pilihan, tapi pilihan yang menjerat saya. Tasya tu anak kawan ayah saya. Ayah saya suruh saya layan dia baik-baik. Dia kata kalau dia dapat tahu Tasya mengadu apa-apa pasal saya dekat ayah dia, matilah saya. Dan saya wajib terangkan semuanya dekat awak sebab saya dah jatuh cinta dengan awak. Sejak kali pertama saya nampak awak dekat depan koperasi, hati saya dah bergetar. Saya tahu, awak pun dah jatuh cinta dengan sayakan?" Apa? Emir dah jatuh cinta dengan aku? Kenapalah banyak sangat kejutan kebelakangan ni. Saja je buat aku terkejut. Tapi, best sebenarnya. Mana taknya, orang yang kita suka, suka balik dekat kita. Tapi, Tasya?

"Kalau saya jatuh hati dengan awak sekalipun, awak tetap kena dengar cakap Tasyakan? Yelah, kalau dia suruh awak makan kayu, awak kenalah makan. Kalau dia suruh awak makan batu pun, awak kenalah ikut, kan? Kalau tak, dia report dekat bapak diakan?" Balasku.

"No, saya tak akan membiarkan Tasya menjadi pemusnah cinta kita. Ya, saya mengaku saya salah pada malam tu. Ira, please maafkan saya?" Sebelum dia minta maaf dengan aku lagi aku dah maafkan dia. Hmm, aku tak tahulah. Aku memang jenis yang cepat memaafkan seseorang.

"Okey, saya maafkan awak. Now, please return back my phone."

"Sebelum tu, saya nak tanya awak satu soalan dan saya nak awak jawab dengan jujur. Betul ke awak dah jatuh cinta dekat saya?" Tanya Emir.

"Kalau saya cakap tidak, awak nak pulangkan tak handphone saya?" Aku membalas.

"Kalau jawapan awak memang tulus dan ikhlas daripada hati awak, saya pulangkan."

"Hmm, kalau dengan jawapan yang tulus dan ikhlas daripada hati saya, baru awak pulangkan. Maka jawapan tulus dan ikhlas saya adalah ya, saya memang dah jatuh cinta dengan awak. Now, may I get my phone back?" Kulihat Emir tersenyum-senyum. Sukalah tu. Telefon bimbitku dipulangkan. Lalu aku dengan segeranya bergegas ke bilikku kerana hendak mengemas beg dan apa-apa yang patut. Hish, tiba-tiba aku jadi malu untuk berdepan dengan Emir lepas ni.

***

"Assalamualaikum!" Aku memberi salam di hadapan pintu pagar.

"Waalaikumussalam. Sya, masuklah." Pintu pagar automatik terbuka setelah Puan Intan menekan suis di dalam rumah. Aku masuk ke dalam sambil mengusung beg tarik. Setelah menyalam tangan papa dan mama, aku duduk di sofa untuk melepaskan penat. Ah, penatnya duduk dalam bas berjam-jam.

"Macam mana? Best tak pergi sana dengan kawan-kawan?" Tanya Encik Ariffin sambil menghirup kopi pekatnya.

"Mestilah best. Ni Sya ada beli strawberi. Nanti mama basuhlah. Boleh kita makan sama-sama. So, how's America?" Tanyaku kembali. Teringin nak tahu. Yelah, aku belum berkesempatan untuk pergi sana lagi. Lagipun tahun ni aku ada periksa besar iaitu PMR. Tinggal lagi dua bulan sahaja untuk aku bersedia.

"Best jugak. Mama ada beli hadiah untuk Sya. Ada dekat bilik Sya. Mama shopping banyak dekat sana sorang-sorang. Yalah, papakan sibuk dengan business dia. Kalau Sya ikut, bolehlah Sya temankan mama." Haih, mama... Pantang pergi mana-mana, shopping jelah kerjanya. Eleh, aku cakap je mama. Aku pun dua kali lima je.

"Assalamualaikum semua." Diyanah memberi salam ketika baru lepas menuruni tangga.

"Waalaikumussalam. Eh, kakak! Bila kakak sampai?" Terkejut aku. Aku memeluk kakakku itu. Sudah lama tidak jumpa dia.

"Semalam. Kakak cuti sekarang ni. Tu yang balik rumah ni." Balas Diyanah. Ada kawanlah aku lepas ni dengan kakakku yang baru mencecah umur 19 pada sebulan yang lalu.

"Wah, cuti sampai bila?" Soalku. Harap-harap cuti kakakku ini lama.

"Kakak cuti sebulan. Sya okey ke tak ni? Pergilah naik atas berehat. Mesti penatkan baru balik ni?" Penat tu memanglah. Rasa macam nak tumbang je ni.

"Hmm, okeylah pa, ma, akak. Sya naik dululah ye." Lalu aku menaiki tangga dan menuju ke bilikku. Terdapat beberapa beg kertas di atas katilku. Ni mesti barang-barang yang mama shopping untuk aku ni. Aku mengeluarkan barang-barang yang ada dalam beg kertas itu. Mak aih, banyaknya baju dan seluar yang mama beli. Baju yang tebal, yang biasa, warna biru, warna merah, warna hitam dan banyak lagi. Tu tak termasuk seluar lagi. Seluar jeans la, slack la. Macam-macam ada. Haih, mama. Kalau bab menghabiskan duit papa, dialah nombor satu. Aku pulak nombor dua. Hihi, dahlah. Baik aku tidur daripada buang masa memikirkan perkara yang tak penting. Aku sangatlah penat sekarang ni. Dapat tidur 2 jam pun jadilah petang-petang macam ni.

Friday, August 12, 2011

Cinta Itu Buta 9

Kring Kring!

Adoyai, bisinglah jam loceng ni. Nak tidur pun tak senang. Aku bangun daripada katil lalu menutup deringan jam locengku. Hmm, dah pukul 6.45 pagilah pulak. Baik aku solat subuh cepat. Karang, tak pasal-pasal dapat dosa free. Kawan-kawan aku ni pun lagi satu. Bukan reti nak bangun. Tidur mati betullah dia orang ni. Aku mengejutkan mereka bertiga lalu aku menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat.

Usai solat, kawan-kawanku lena diulit mimpi lagi. Hanya aku sahaja yang tercongok di ruang balkoni bilik itu. Hmm, lebih baik aku jalankan pelan aku tu sekarang. Cuaca pun nyaman je pagi-pagi buta macam ni. Aku melihat ke arah kawasan swimming pool yang berada di bawah. Nasib baik aku dapat bilik yang balkoninya menghadap swimming pool. Macam tak ada orang je. Yang ada cuma orang jaga towel je. Yalah, sekarang baru pukul 7 pagi. Semua pun liat-liat lagi nak bangun. Aku bersiap ala kadar sahaja dengan memakai t-shirt lengan panjang berwarna merah jambu, skirt panjang berwarna hitam dan bertudung.

Aku menulis nota kecil bertulis 'Kalau ada apa-apa, aku ada dekat swimming pool. Salam sayang, Ira' dan aku tampal di kaca televisyen. Kalau aku tampal dekat situ, confirm dia orang baca punyalah. Sesudah sampai di kawasan swimming pool, aku duduk di swimming pool chair yang berhadapan dengan swimming pool bagi orang dewasa. Setelah aku sandar di kerusi tersebut, aku teringat kembali peristiwa malam tadi. Sakitnya hati aku, hanya Allah saja yang tahu. Sudahlah Sya, jangan fikirkan pasal perkara tu lagi. Buat sakit otak je. Lagipun kaukan nak merehatkan minda, sebab tu kau buat pelan pagi-pagi dah berada di kawasan swimming pool ni.

Angin yang dingin pada pagi itu menyapa kulitku. Matahari yang baru hendak terbit menyinari pagiku. Aku capai beg tanganku dan mengeluarkan sebuah novel dan ipod nanoku. Kemudian aku meletakkan kembali beg tanganku dan kusumbat earphone ke telingaku. Dan aku memulakan pagiku pada hari ini sebagai pembaca novel penyiasatan.

***

Ah, tenangnya pagi ini. Walaupun banyak masalah berlegar-legar di otak, namun pagi yang tenang ini dapat melupakan semua masalah itu seketika. Mata dihalakan ke arah kolam renang di bawah sana. Ah, bestnya kalau dapat swimming pada hari terakhir aku dekat sini. Tiba-tiba, mataku ternampak kelibat seseorang yang sedang bersandar baring di kerusi kolam renang. Aku macam kenal beg tangan orang tu. Ahah, tukan beg Ira. Aku ingat lagi dia bawa beg tu naik bas hari tu. Maknanya orang yang tengah baca buku tu Iralah? Hmm, bagus betul. Masa nilah yang paling sesuai untuk aku bercakap dengan dia.

Aku menyarung t-shirt lengan pendek berwarna biru dengan seluar tiga suku. Shades milik Syazwan yang berada di atas meja kucapai. Aku lihat sekeliling. Haih, kawan-kawan aku ni. Sorang tidur mati sampaikan kejut 10 kali pun belum tentu bangun. Sorang tidur air liur meleleh-leleh, kalau aku letak baldi, agaknya penuh baldi tu tak. Sorang lagi tidur asyik ngigau, entah ngigau pasal apalah. Aku nak tidur malam pun susah, asyik ada aje orang bercakap-cakap, terjerit-jerit dalam tidur. Apa kenalah dia orang ni. Buat malu kaum Adam je.

Eh, laki pakai shades ni. Selamba badak je duduk kat sebelah aku. Memanglah ada meja kecil dan pendek yang comel ni memisahkan antara aku dengan lelaki ni, tapi macam dah tak ada tempat lain pulak dia nak duduk padahal belambak lagi kerusi kat sini. Hmm, apa-apa ajelah. Yang penting dia tak raba aku, curi barang aku atau apa-apa benda jahat yang lain. Karang, ada jugak yang makan penampar. Muka dah handsome tapi kesian, pipi merah kena tampar. Hehe... Berangan terlebih pulak aku ni. Sambung baca baliklah. Tiba-tiba layan mamat ni dalam hati pulak. Apa kenalah dengan kau ni Sya...

Setelah 20 minit aku membaca, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku memusingkan badanku ke arah lelaki pakai shades yang tengah sibuk main permainan di telefon bimbitnya. Laki ni masih ada ke? Dia duduk sini semata-mata hendak main game dekat handphone je? Hmm, suka hati dialah. Aku mengambil beg tanganku dan ku jawab panggilan daripada Nisa.

"Assalamualaikum... Dah siap?... Korang nak pergi sarapan?... Kau tunggu aku dekat luar restoran hotel ni. Nanti aku datang... Bye." Aku mematikan panggilan tersebut. Tiba-tiba mamat dekat depan aku ni bangun lalu memusingkan badannya ke arahku. Hish, apa pulak laki ni nak buat dekat aku. Janganlah dia buat perkara yang tak senonoh. Baik aku pergi dari sini. Aku pun nak join kawan-kawan aku sarapan ni.

Belum sempat aku hendak memasukkan kembali handphoneku ke dalam beg tangan, handphone aku terlepas daripada genggaman. Oh, tidak! Aku tidak sanggup untuk menghadapinya lagi. Dengan segeranya aku berlalu meninggalkan kawasan swimming pool itu. Aku terus berlari-lari anak menuju ke restoran hotel tersebut. Apabila melihat rakan-rakanku sudah menungguku dihadapan pintu restoran, aku mengajak mereka masuk.

***

"Room number?" Tanya pekerja hotel itu sambil tersenyum ke arahku.

"Bilik 408. Empat orang." Jawabku. Terus aku dan kawan-kawanku mengambil makanan yang tersedia. Banyak betul chef hotel ni masak. Terliur aku dibuatnya. Aku mengambil nasi lemak dan jus oren lalu duduk di sebelah Nisa yang sudah pun makan.

"Ira, kau pergi swimming ke tadi?" Soal Najihah ketika aku baru hendak menyuap makanan ke dalam mulutku menggunakan sudu yang tersedia.

"Eh, tak delah. Aku cuma duduk bersantai tepi kolam renang sambil baca novel je." Teringat kembali peristiwa di tepi kolam renang tadi.

Baru aku hendak memasukkan handphoneku kedalam beg tangan, lelaki di depanku membuka shadesnya. Ya Allah! Emir? Jadi selama ini, mamat yang duduk sebelahku ini ialah Emir? Telefon yang berada di genggaman terlepas. Macam mana aku boleh tak perasankan dia. Hmm, memang tak boleh nak perasanlah bila dia pakai shades.

Apabila aku memandang mukanya, aku teringat peristiwa malam itu. Oh, tidak! Aku tidak sanggup untuk menghadapinya lagi. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Baru Emir hendak mengatakan sesuatu, aku bangun lalu meninggalkannya dengan segera. Aku berlari-lari anak menuju ke restoran hotel supaya dia tidak dapat mengikutku.

"Ira!" Lamunanku terhenti apabila Aqilah memanggil namaku.

"Apa kena dengan kau ni? Siang-siang pun boleh berangan. Aku tanya kau soalan, bukannya kau nak jawab. Pergi mengelamun pulak. Buat membazir air liur aku je." Najihah pula berkata. Aku hanya mampu tersenyum sahaja kepada kawanku yang seorang itu.

"Cik Ira, ada satu surat untuk cik." Tiba-tiba datang seorang pelayan hotel lalu menyerahkan satu sampul surat kepadaku.

"Untuk saya? Daripada siapa?" Soalku. Ish, pelik ni. Tiba-tiba ada orang nak bagi aku surat. Buang tabiat ke apa? Ke salah orang ni?

"Ya, untuk Cik Ira. Saya tidak boleh memberitahu siapa. Nah, Cik Ira." Aku menyambut sampul surat itu lalu mengucapkan terima kasih kepada pelayan itu. Pelayan itu tersenyum ke arahku sebelum berlalu dari situ.

"Wah, Ira. Kau ada peminat ke? Siap bersurat-surat lagi. Macam orang dulu-dululah pulak. Bercinta pakai surat." Ujar Aqilah.

"Kau ni, bila masanyalah pulak aku bercinta? Haish, kau pun dah buang tabiat pulak pagi-pagi ni." Balasku kembali. Aku membuka sampul surat itu perlahan-lahan. Terdapat sekeping kertas di dalamnya. Aku mengambil kertas tersebut lalu kubaca.

Handphone awak ada pada saya. Kalau awak nak, jumpa saya di taman hotel pada pukul 9 pagi. -Emir-

Alamak, baru aku ingat yang handphone aku terjatuh masa aku tinggalkan dia tadi. Hish, aku baru nak melarikan diri daripada dia, tak sangka pulak aku kena menghadap muka dia lagi. Tapikan, macam mana dia boleh tahu aku ada dekat sini? Hmm, mesti dia dengar apa yang aku berbual dengan Nisa dekat handpone. Hish, Emir ni. Menyusahkan aku je. Kenapalah dia tak bagi je, ni nak bersurat-menyurat pulak.

Tuesday, August 9, 2011

Cinta Itu Buta 8

"Ira, romantiknya pakwe kau tu. Jealous aku." Ujar Aqilah sesudah kami berempat sampai di bilik.

"Jap, ni bila masa pulak aku ada pakwe? Kau dah nyanyok eh?" Balasku. Aqilah ni pening ke nyanyok? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba aku ada pakwe.

"Eh, aku yang nyanyok ke kau? Si Emir tulah. Bukan dia pakwe kau ke?" Bila masa pulak aku jadi makwe Emir ni?

"Dia bukan pakwe akulah. Kita orang kawan jelah." Hmm, betul tu. Antara aku dengan Emir cuma kawan je. Tak lebih daripada tu.

"Hmm, tak kisahlah dia pakwe kau ke tak. Tapi dia memang romantik. Memang korang patut pun menang. Tapi kenapa kau tak cerita pasal dia lamar kau tu dekat kita orang?" Soal Aqilah. Beritahu jelah kat dia orang. Dia orang kawan baik aku pun.

"Sebab sebenarnya peristiwa tu tak pernah berlaku pun. Aku dengan Emir tipu je tadi. Sebenarnya dia tanya aku 'awak nak pergi dinner tu dengan saya tak?' tanpa ada bunga dan tanpa melutut. Korang tahukan yang aku ni memang agak terer berlakon? Emir yang first-first tipu, so aku tolonglah dia menipu sampai habis." Terangku. Kesian pulak dia orang ni. Aku terangkan perkara sebenar, tapi ada tipu-tipu jugak. Yelah, takkan aku nak beritahu dia orang yang Emir tipu aku untuk jadi pasangan aku. Jatuh imej aku. Haha...

"Ya Allah Ira! Mati-mati aku ingat cerita kau dengan Emir tu betul. Tapi kenapa korang tipu? Sebab nak menang eh?" Nisa berkata.

"Bukanlah. Adalah satu sebab ni yang korang tak boleh tahu. Tapi bukan sebab aku nak menang. Ada sebab lain." Balasku. Ya, korang tak boleh tahu pasal tu. Aku malu nak cakap aku kena tipu.

Ting! Tong!

"Eh, siapa pulak yang datang pukul 11 malam ni? Orang dahlah nak kemas beg, nak balik esok. Nak tidur lagi. Mengganggu ketenteraman betullah." Omel Aqilah. Aqilah mendekatkan matanya ke arah lubang kecil yang berada di pintu.

"Ira! Emir datanglah." Jerit Aqilah. Emir? Dia buat apa tengah-tengah malam ni? Dahlah datang bilik anak dara. Seram sejuk pulak aku. Aku terus memakai tudung kerana aku yakin Emir hendak jumpa aku.

"Emir? Kenapa awak datang bilik saya malam-malam ni?" Tanyaku setelah pintu bilikku telah ku tarik sedikit. Santai je pakaian Emir. T-shirt dengan seluar tracksuit. Eh, samalah dengan aku. Cuma aku lengan panjanglah. Takkan lengan pendek pulak. Aurat!

"Saya nak ajak awak jalan-jalan ambil angin kat taman. Nak ikut?" Ajak Emir. Hmm, bagus jugak aku ikut. Lagipun ni malam terakhir aku dekat sini.

"Hmm, boleh jugak. Jom." Balasku. Lalu aku dan dia bergerak menuju ke taman di luar hotel ini.

***

"Hmm, ni first time ke awak datang Cameron Highlands?" Soal Emir sambil aku dan dia berjalan-jalan di sekitar taman hotel yang luas ini. Ada air pancut, lampu warna-warni, kerusi kayu panjang, gazebo dan rumput-rumput yang menghijau.

"Taklah. Dah banyak kali dah saya datang sini. Awak?" Soalku balik. Inilah masanya aku tanya soalan tentang dia. Dapatlah berkenalan dengan lebih dekat.

"Saya pun dah banyak kali datang sini. Awak ada berapa orang adik-beradik?"

"Dua termasuk saya. Saya anak bongsu."

"Oh, anak bongsu. Manjalah ni?"

"Tak mainlah manja-manja ni. Tak style. Awak pulak?"

"Saya ada tiga orang adik-beradik. Saya anak sulung."

"Hmm, saya ada dengar cerita yang awak ni anak Tan Sri. Betul ke?"

"Betul. Ayah saya selalu busy. Masa dia lebih banyak dihabiskan di pejabat berbanding dengan rumah. Tapi kadang-kadang dia ambil cuti jugak. Rehatkan diri."

"Ala, ayah saya pun selalu busy jugak walaupun saya bukan anak Tan Sri."

"Ye ke? Ayah awak kerja apa?"

"Hmm, awak carilah sendiri. Saya tak nak beritahu."

"Okay. Ira, sebenarnya saya nak beritahu awak sesuatu ni."

"Apa dia? Cakaplah." Apa bendalah yang Emir nak cakap ni? Buat nervous aku je.

"Sebenarnya sejak saya terpandang awak masa dekat depan koperasi tu..." Baru Emir hendak berkata, ada seseorang datang ke arah aku dan Emir lalu memutuskan perbualan aku dengan Emir.

"Emir? Wah, tak sangka I dapat jumpa you dekat sini. You tak tidur lagi ke? Kenapa you jalan-jalan dekat sini dengan perempuan ni? Asal you tak ajak I?" Tasya menyampuk sambil jari telunjuknya tertunjuk ke arahku. Amboi, 'perempuan ni' kau panggil aku? Kau ingat aku tak ada nama ke? Hish, minah ni. Dahlah kacau daun. Aku tengah khusyuk nak dengar apa yang Emir nak cakap tadi boleh pulak kau datang. Kau datang timing dia tak tepatlah.

"You pun ada dekat sini? You pulak, kenapa tak tidur lagi?" Adoyai, Emir layanlah pulak minah gedik ni. Tulang tangan pun macam patah je aku tengok. Terliuk sana, terpusing sini. Aku potong tangan kau tu karang, biar padan muka kau tak ada tangan.

"I saja je ambil angin malam ni sebab tak mengantuk lagi. Tak sangka pulak dapat jumpa you. So, you dah kemas beg you ke untuk balik esok?" Balas Tasya. Aih, macam lama lagi je conversation ni. Emir pun macam dah tak layan aku je. Aku tinggalkan ajelah dia orang berdua ni.

Aku berjalan terus menuju ke bilikku di tingkat 4 tanpa meninggalkan sebarang kata pun terhadap mereka. Terdengar Emir melaungkan namaku tapi aku buat-buat tak dengar. Dia tak kejar aku pun. Mestilah dia lagi suka layan si minah gedik tu daripada aku. Eeeeiii, sakitnya hati aku. Kalaulah aku tahu perkara ni akan berlaku, aku memang tak nak terima ajakan Emir tadi. Dia bukannya nak layan aku, lagi pergi layan minah tu padahal dia datang dengan aku bukannya dengan Tasya.

Alah, aku ni je yang lebih-lebih. Emir yang handsome macam tu manalah nak suka dekat aku. Mati-mati aku ingat dia nak cakap dia suka dekat aku tadi. Tapi dia pergi layan minah tu, memang nampak sangat aku yang over fikir yang bukan-bukan. Fine! Lepas ni, aku memang dah malas nak layan dia lagi dah. Lagi aku layan, lagi aku jatuh hati dengan dia. Lagi aku jatuh hati, lagi sakitlah hati aku tengok dia tak layan aku. Hish, aku tidur lagi bagus. Dapat rehatkan otak yang tengah berserabut ni. Lagipun, esok aku ada plan. Untuk menjalankan plan ni, aku kena bangun awal!

Friday, August 5, 2011

Cinta Itu Buta 7

Ting Tong!!!

Huh, dia dah sampai ke? Aku tilik jam di tangan. Dah pukul lapanlah. Alamak, aku dahlah nervous ni. Macam manalah rupa dia. Tiba-tiba aku rasa tak sesuai pulak dengan dia. Lagi satu, nanti aku nak cakap apa dengan dia? Ala, macam mana ni? Hmm, tak pelah. Nanti aku mesti ada idea punya nak berborak dengan dia.

"Najihah, aku pergi dulu tau!" Ujarku. Aku lihat Najihah masih membetulkan tudung yang dah betul. Hai, perempuan ni. Apa lagi yang tak kena dengan tudung dia tu pun aku tak tahulah.

"Wah, pakwe kau dah sampai eh?" Ceh, bila masa pulaklah dia jadi pakwe aku ni. Tengok muka dia pun belum, ada hati nak jadi makwe dia.

"Hish kau ni. Ada-ada ajelah. Okay, nanti jumpa dekat sana." Lalu aku terus pergi ke pintu bilikku. Sesudah aku buka sedikit pintu itu, aku nampak satu wajah yang aku kenal. Hish, aku salah tengok ni. Aku gosok mataku. Eh, muka dia lagi. Mata aku rosak ke?

"Emir? Apa awak buat dekat sini? Mana kawan awak tu?" Tanyaku. Terkejut juga aku sebab bukan kawan dia yang tercongok depan pintu bilikku ni sebaliknya dia.

"Erm, kawan saya suruh saya escort awak pergi Ballroom tu. Jomlah." Balasnya. La, ni apa pulak main escort-escort ni? Hmm, apa-apa jelah. Yang penting aku dapat makan!

"Mana pasangan awak? Dia tak marah ke awak teman saya ni?" Aku bertanya sesudah kami memulakan langkah menuju ke Ballroom Empat.

"Hmm, saya dah cakap dekat awak ke yang malam ni you look so beautiful and gorgeous?" Emir menukar topik.

"Awak pun apa kurangnya. You look handsome in that suit. Macam berjanji pula kita ni. Saya pakai baju kurung biru, awak pakai kemeja biru." Pujiku. Walaupun sebelum ni dia memang kacak, malam ni dia nampak lebih kacak.

"Sila tulis nama anda dan nama pasangan." Kata pekerja hotel yang bertugas di kaunter pendaftaran sesudah kami sampai di hadapan pintu Ballroom Empat. Ramai jugak pasangan-pasangan yang berada dekat luar Ballroom ni. Perempuan dengan baju kurungnya, lelaki dengan suitnya. Lalu aku lihat Emir menulis namanya dan namaku sebagai pasangannya. Eh, bila masa aku jadi pasangan dia ni? Bila aku nak tanya dia, ada pulak kawan dia tegur dia. Hmm, aku tanya dia kat dalam Ballroom jelah. Bagus jugak aku dapat jadi pasangan dia buat sementara. Hihi...

***

"Awak, mana kawan awak? Pasangan awak?" Tanyaku apabila kami sudah duduk sebelah-menyebelah di sekeliling meja bulat. Terdapat juga pasangan-pasangan lain.

"Hmm, kalau saya beritahu awak sesuatu yang mungkin akan membuatkan awak marah boleh tak?" Balasnya. Marah? Walau perkataan kesat pun yang diluahkan oleh Emir kepadaku, aku takkan sesekali pun memarahinya.

"Apa dia?" Apalah yang ingin dikatakannya ni.

"Sebenarnya kawan saya tu, nama dia Emir. Emir yang dekat sebelah awak nilah. Untuk malam ni, awaklah pasangan saya." What? Kawan Emir tu sebenarnya Emir? Aku mimpi ke ni? Aku cubit pipiku beberapa kali. Sakit. Maknanya realitilah ni?

"Ira, kenapa dengan awak ni? Kesianlah pipi awak kalau awak buat macam tu." Emir berkata. 'Sorrylah Nazhif. Aku tak ikut nasihat kau.' getus hati Emir.

"Oh, awak kesian dekat pipi saya jelah. Saya yang kena tipu ni awak tak kesianlah? Dahlah, saya mogoklah dengan awak." Haha, biar kau rasa macam mana kena tipu balik. Eh, ini Syalah. Setakat berlakon drama murah macam ni, petik jari je. Takkanlah aku boleh mogok betul-betul dengan Emir, orang yang aku minat. Aku saja je nak tengok reaksi dia.

"Saya..."

"Baiklah semua. Sebelum kita makan hidangan yang tersedia di meja anda, marilah kita saksikan sedikit persembahan daripada pasukan tarian sekolah." Ucapan Cikgu Amir sebagai juruacara menghentikan ayat Emir yang tergantung itu. Setelah tamat persembahan, Cikgu Amir menjemput semua untuk makan dan menikmati hidangan sambil menyaksikan persembahan-persembahan lain.

"Awak masih marahkan saya ke?" Emir bertanya ketika pelayan hotel mencedokkan nasi beriyani ke pinggan dan menuangkan air ke dalam gelas masing-masing.

"Taklah. Saya marahkan kawan awak, si Emir tu hah." Balasku. Comelnya muka dia bila dia gelabah. Lain kali aku nak pura-pura merajuklah dengan dia, barulah dapat tengok muka comel dia tu.

"Okaylah, saya minta maaf. Saya sebenarnya nak sangat jadi pasangan awak. Tapi saya tak tahu nak cakap macam mana dengan awak. I'm so sorry." Ujarnya. Aww, kalau muka comel macam ni minta maaf, siapalah yang boleh cakap 'tidak'.

"Saya akan maafkan awak kalau awak tolong ambilkan lauk untuk saya." Sebenarnya aku malu nak ambil lauk depan pasangan-pasangan yang tidakku kenali.

"Okay." Lalu dia ambilkan lauk-pauk yang ku minta. Kami pun menikmati juadah yang disediakan dengan penuh selera. Ditambah pula dengan pertunjukkan-pertunjukkan yang menghiburkan hati. Dinner malam ni sangatlah indah dan ceria. Tidak sia-sia aku datang ke Cameron Highlands ni.

***

"Jadi sekarang kamu sudah kenyang? Sekarang ini, saya akan mengumumkan calon-calon the best couple of the year yang telah dipilih oleh pekerja hotel, Cikgu Atika dan saya. Dipersilakan pasangan Tasya dengan Arif, pasangan Aqilah dengan Shafiq dan pasangan Aida dengan Hadi untuk naik ke atas pentas." Ujar Cikgu Amir. Hmm, aku tak dapat ke? Aku tahulah aku ni tak cantik kalau nak dibandingkan dengan perempuan-perempuan dekat atas pentas tu. Tapi, sekurang-kurangnya Emir ni boleh tahan kacaknya. Tak diterima jugak ke?

"Oh, sebenarnya ada satu lagi pasangan yang saya belum sebut iaitu pasangan Emir dan Ira. Sila naik ke atas pentas." Eh, aku tak salah dengarkan? Tu nama akukan? Nama aku Ira atau pun Sya. Dia sebut Irakan?

"Ira, apa yang awak termenung tu? Jomlah, nama kita kena panggil." Emir berkata. Wah, betullah nama aku dengan Emir kena sebut. Semua mata memandang ke arahku ketika aku dan Emir berjalan hendak naik ke atas pentas.

"Baiklah semua. Setiap seorang telah diberi sekeping kertas untuk mengundi. Anda hanya perlu menulis nama pasangan yang anda minat. Kemudian, para pekerja hotel akan mengambil kertas tersebut daripada anda. Sementara menunggu keputusan, saya hendak menyoal beberapa soalan kepada pasangan ini." Hish, soalan apalah yang Cikgu Amir nak soal ni? Jangan soal yang bukan-bukan sudah...

"Kepada Tasya, macam manakah kamu dan Arif dapat bersama pada malam ini? Adakah disebabkan Arif yang mengajak atau kamu yang meminta?" Soal Cikgu Amir. Perghh soalan cikgu tu. Kalau kena dekat aku, mati aku. Aku nak jawab apa ni?

"Saya diajak oleh Arif untuk datang bersama dengan dia. Sebenarnya saya sudah ada calon dihati, cuma orang itu tidak mahu bersama dengan saya malam ini." Matanya menjeling ke arah Emir. Emir kulihat tidak mengendahkan jelingan maut Tasya itu. Tasya ni pun satu. Dia nak jugak cakap pasal tu. Kecik hati Arif tu nanti, kesian Arif.

"Wah, berita panas. Siapakah calon yang Tasya maksudkan itu?" Tanya Cikgu Amir.

"No comment." Tasya menjawab dengan muka angkuhnya itu. Amboi, kau ingat kau tu artis ke nak jawab no comment no comment ni? Muka pun muka minta penampar. Bilalah kau nak buang kegedikkan kau tu Tasya?

"Nampaknya Tasya tidak mahu memberitahu. Tak pelah. Seterusnya kita menyoal pasangan kedua ini pula. Bagaimana kamu berdua dapat datang bersama malam ini?" Cikgu Amir membiarkan saja pertanyaannya kepada Tasya. Setelah pasangan kedua dan ketiga telah disoal, kini tiba waktunya untuk aku dan Emir untuk disoal. Hanya Allah saja yang tahu betapa berdebar dan gemuruhnya aku waktu ini.

"Akhir sekali, bagaimanakah pasangan ke empat ini boleh datang bersama-sama?" Alamak, aku nak jawab apa ni? Takkan aku nak berterus terang dengan Cikgu Amir kut yang aku kena tipu dengan Emir?

"Saya propose dia untuk jadi pasangan saya malam ni." Emir menjawab. Pandai betul kau kelentong dia orang ni ye? Oh, ha'ahlah. Kalau aku pun kau dapat kelentong, apatah lagi dia orang semua ni.

"Ya, dia melutut depan saya sambil menghulurkan sekuntum bunga rose. Kemudian dia tanya, 'Would you be my couple for the dinner?' " Dah alang-alang Emir nak tipu, baik tipu sampai habis. Seperti yang aku cakapkan, kalau bab-bab berlakon ni, aku memang pakar. Aku dah boleh menang Oscar Award dah sebenarnya. Semua skrip untuk setiap babak yang selalu berlaku dalam drama-drama biasa dah ada dalam otakku. Termasuklah babak masa ni.

"Dan Ira terima bunga tersebut sambil cakap 'I do' " Emir menambah. Aku tengok muka dia orang ni semua muka teruja. Agaknya romantik sangat kut penipuan aku dengan Emir tadi. Tu yang semua teruja tu. Siap bertepuk tangan lagi lepas dengar cerita kita orang. Dengan cikgu-cikgu sekali tepuk tangan. Hmm, aku dah cakap dah. Aku memang patut dapat Oscar Award tu dengan Emir. Cuma dalam ramai-ramai orang yang bertepuk tangan ni, ada seorang manusia yang tidak bertepuk tangan malah mencebikkan mulutnya. Siapa lagi kalau bukan si Tasya tu.

"Wow, terharu sungguh saya mendengar cerita korang." Alamak, ni yang aku gelabah ni. Lepas ni mesti nak umumkan siapa pemenangnya. Tapi aku rasa aku tak menanglah. Aku rasa pasangan lain patut menang. Aku tak sepatutnya berada di atas pentas ni. Sepatutnya aku duduk macam orang lain dekat kerusi aku.

Setelah mengambil satu kad daripada Cikgu Atika, Cikgu Amir bersuara kembali. "Baiklah keputusan sudah pun berada di tangan saya. Gelaran the best couple of the year jatuh kepada pasangan Emir dengan Ira!" Ya Allah, betul ke apa yang aku dengar ni? Nak kata aku tak korek telinga, baru minggu lepas aku korek. Maknanya betullah apa yang aku dengar ni? Cikgu Atika datang kepada aku dan Emir sambil membawa dua buah cincin dan memberi satu kepadaku dan satu kepada Emir. Kemudian, Emir menyarungkan cincin itu ke jari manisku dan aku pula menyarungkan cincin itu kepada dia. Di cincin itu tertulis 'the best couple of the year'. Aku sangat gembira sampaikan aku tidak mampu mengeluarkan satu patah perkataan pun. Hanya senyuman manis yang aku berikan setiap kali ada orang mengucapkan tahniah kepadaku.

Wednesday, August 3, 2011

Cinta Itu Buta 6

Hmm, macam mana aku nak cakap dengan dia ek? Aku tak ada idealah. Aku memang nak pergi dinner tu dengan dia. Tapi aku tak tahu nak cakap apalah pulak. Apa patut aku buat ni? Hmm, tanya Nazhiflah. Dia mesti ada idea. Yalah, playboy macam dia tu mesti tak kering idea bab pikat perempuan ni.

"Nazhif, aku ada hal sikitlah nak bincang dengan kau. Aku nak minta pendapat sikit." Kataku.

"Apasal bro? Aku tengok kau dah macam mati bini je." Balas Nazhif. Haih, dia ni. Karang kena jugak penumbuk sulung aku ni. Hah, baru padan muka kau.

"Bini pun tak ada, macam mana dia nak mati? Ni, aku nak tanya kau sikitlah. Ingat tak malam esok kita ada dinner? Kan kena bawa pasangan masing-masing. Aku dah ada calon dah. Cuma, aku tak tahu macam mana nak cakap dengan dia yang aku nak pergi dengan dia esok."

"Hek eleh. Benda kecik pun kau nak tanya aku. Harap muka je handsome, nak usha awek hampeh... Haha, apa susah. Kau cakap jelah yang kau nak gi dinner tu dengan dia."

"Kau tak payah nak poyo boleh tak? Aku tahulah kau playboy termashur dekat sekolah kita tu. Kau tak ada ayat yang sedap-sedap sikit ke? Takkanlah aku nak terus terang kat dia macam tu je?"

"Ceh, kau nak sedap kau buat sendirilah. Okaylah, aku ada satu ayat untuk kau. Cik adik manis, cik adik manis nak pergi dinner dengan abang kacak bergaya ni tak?"

"Tu dah macam ayat orang bangla je. Kau ni, tak boleh pakai betullah."

"La, tadi kau jugak nak ayat sedap-sedap... Aku dah maniskan dah ayat tu, kau tak nak pulak. Macam nilah, apa kata kau terus terang je dengan dia? Straight to the point. Lagi kau pusing-pusing ayat kau tu, lagi larilah perempuan tu."

"Hmm, betul jugak cakap kau tu. Karang aku jugak yang melepas. Thanks Zhif!"

"No problemlah Emir."

***

Nasib baiklah dapat berehat sekejap kat bilik. Dahlah penat semalam tak habis lagi. Ala, malam ni ada dinner. Mana aku nak cari pasangan ni? Dari semalam sampailah sekarang, tak ada seorang lelaki pun yang ajak aku pergi dinner tu dengan dia. Dahlah malam ni dinnernya tu. Kawan-kawan aku semua dah ada pasangan. Aqilah dengan Shafiq. Nisa dengan Syazwan. Najihah dengan si Nazhif playboy tu. Aku dengan? Kalau nak diikutkan, aku dengan Emirlah sebab pasangan kawan-kawan aku semuanya kawan Emir. Tapi, aku rasa Emir tu dah ada pasanganlah. Teringat balik peristiwa semalam dekat bas.

"Emir!" Sedang aku khusyuk baca novel, tiba-tiba ada satu suara gedik menyapa lelaki sebelahku. Walaupun ada laluan orang nak jalan memisahkan aku dengan Emir, tapi aku rasa dia still duduk sebelah aku.

"Tasya? You nak apa kacau I ni?" Emir membalas. Hish, Tasya ni. Mengganggu ketenteraman aku nak baca novel je. Dahlah pergi cangkung kat laluan orang nak jalan ni. Karang kalau ada orang nak jalan, kena sepak baru padan muka kau. Emir ni pun satu, pergi layan minah ni buat apa? Dahlah ber'I', ber'you' dengan dia.

"I nak tanya. You dah ada couple tak untuk dinner malam esok?" Ya Allah, tolonglah kau usir dia pergi dari sini. Aku dah tak tahan dah dengar suara gediknya tu keluar daripada mulut dia.

"Belum. I tengah mencari. Kenapa you tanya?"

"Kalau I nak jadi pasangan you untuk malam esok, you nak tak?" Kenapalah, bila kau nak tanya si Emir ni, aku mesti dengar perbualan korang? Buat sakit hati je. Kau macam tau-tau je yang aku minat Emir. Eh, betul ke apa yang aku cakap ni? Aku minat Emir? Hmm, ye kut. Hehe...

"Hmm, entahlah Tasya. I rasa lebih baik you cari orang lain." Hah, baru padan muka kau. Huh, perempuan tak sedar diri. Rasa nak bagi pelempang je kat kau.

"Ala, you ni... Tak sportinglah. Ke you dah ada orang lain?" Hish, minah ni. Tak reti bahasa ke? Dia suruh kau cari orang lain, cari jelah orang lain. Macamlah lelaki kat dunia ni cuma Emir je.

"Maybe. Baik you duduk tempat you balik. Nanti kalau ada orang nak lalu, you jugak yang kena tendang dengan orang tu. And pasal dinner tu, nantilah I confirmkan balik." Dengan muka tidak puas hati, Tasya pun pergi dari situ. Huh, aman sikit aku nak baca novel. Hmm, Emir ada calon dah? Melepaslah aku nak pergi dengan dia. Mesti calon dia tu lagi cantik daripada aku dengan Tasya. Kalau tak, takkanlah dia tolak nak jadi pasangan Tasya. Tak pun, dia nak pergi dengan Tasya tapi sebab dia takut aku dengar, tu yang dia tak nak mengaku. Tak kisahlah dia pergi dengan siapa pun, yang penting orang tu sememangnya bukan aku sebab aku ni bukannya taste dia pun.

"Ira, kau ni kenapa? Asyik termenung je aku tengok." Tegur Nisa. Tersentak aku daripada mengingati peristiwa semalam.

"Nisa, aku nak buat macam mana ni? Tak ada seorang lelaki pun yang datang dekat aku untuk ajak aku pergi dinner tu dengan dia." Balasku. 

"Hmm, kesian pulak aku tengok nasib kau ni. Jap, tak silap aku semalam Cikgu Atika cakap kalau sesiapa yang tak ada pasangan, jumpa dengan dia. Apa kata kau jumpa je Cikgu Atika. Tapi, pasangan kau mungkin tak sesuai dengan kaulah." Nisa memberi idea. Hmm, betul jugak tu. Jumpa jelah Cikgu Atika. Lebih baik ada pasangan yang mungkin tak sesuai dengan aku daripada tak ada pasangan. Sekarang pun dah pukul 4.30 petang. 

"Okaylah Nisa. Aku nak pergi jumpa Cikgu Atika ni. Eh, kejap. Mana yang Aqilah dengan Najihah?" Tanyaku. Baru aku perasan dia orang berdua tak ada.

"Tulah kau. Termenung je dari tadi. Najihah dekat toiletlah. Aqilah keluar dating dengan Shafiq." Balas Nisa. Amboi, Aqilah... Belum apa-apa dah dating dengan Shafiq. Aku ni pun tak ada pasangan lagi.

"Okay. Aku gerak dulu tau!" Lalu aku terus keluar dari bilikku. Eh, jap. Mana aku nak cari Cikgu Atika ni? Hmm, aku rasa dia dekat Ballroom Empatlah. Mestilah dia kena siapkan Ballroom tu. Dengan segeranya aku pergi ke sana.

***

Pintu Ballroom Empat kutolak sedikit. Hmm, nasib baik Cikgu Atika ada. Betul pun tekaan aku dia kena siapkan Ballroom ni. Siap ada beberapa pelajar tolong lagi. Aku pun masuk ke dalam Ballroom yang sedikit besar itu. Baru aku hendak melangkah menuju ke arah Cikgu Atika, terdengar seseorang menegurku.

"Ira! Awak buat apa dekat sini?" Emir menegurku. 

"Saya nak jumpa Cikgu Atika. Awak pulak buat apa dekat sini?" Tanyaku balik.

"Sayakan assistant Cikgu Atika. Saya kenalah tolong dia arrange Ballroom ni. Kenapa awak nak jumpa Cikgu Atika?" Emir bertanya balik kepadaku. Ni dah macam sesi soal jawab pulak. Aku tanya dia, dia tanya aku.

"Saya nak jumpa dia sebab saya tak ada pasangan untuk malam ni. So, saya nak minta tolong dia pasangkan saya dengan siapa-siapa yang senasib dengan saya. Kenapa tak suruh pekerja hotel je yang arrangekan?" Ujarku. Terus terang jelah dekat mamat ni. Bukannya aku dapat jadi pasangan dia pun malam ni.

"Sebenarnya memang ini semua tugas pekerja hotel. Tapi, Cikgu Atika dan Cikgu Amir kenalah pantau. Arrangekan mana-mana yang patut. Awak tak ada pasangan? Hmm, saya ada seorang kawan yang senasib dengan awak. Rupa dia pun boleh tahan, tinggilah jugak dan dia gentleman. Awak nak tak jadi pasangan dia?" Kawan Emir? Kalau Emir tak boleh ke? Hmm, kawan dia pun bolehlah. 

"Saya sebenarnya tak kisah dengan rupa pasangan saya. Cuma saya nak ada pasangan supaya saya dapat pergi dinner tu. Jap, siapa kawan awak tu? Tak apa ke kalau saya nak jadi pasangan dia? Tiba-tiba saya rasa tak sesuai pulak dengan kawan awak tu. Yalah, saya ni taklah secantik mana." Balasku.

"Tak baiklah awak cakap macam tu. Awak cantiklah di mata saya. Saya tak dapat nak beritahu nama kawan saya tu sekarang. Saya rasa dia lagi suka kalau awak jadi pasangan dia." Kawan Emir suka kalau aku jadi pasangan dia? Betul ke apa yang aku dengar ni? 

"Okaylah saya setuju untuk jadi pasangan kawan awak tu. So, malam nanti dia tunggu saya dekat mana?" Niat nak minta tolong Cikgu Atika menjadi terbantut. Bagus jugak Emir tolong aku. Taklah aku menyusahkan Cikgu Atika yang tengah bertungkus-lumus.

"Hmm, nanti dia akan tunggu dekat depan pintu bilik awak pukul 8 malam. Awak siap-siaplah."

"Okay." Aku terus keluar dari Ballroom itu lalu menuju ke bilikku. Aku kena siap-siap. Lagi 3 jam sebelum kawan Emir tu jemput aku. Walaupun 3 jam tu nampak lama, tapi tidak bagiku sebab aku perempuan yang mementingkan penampilan. Hish, siapalah kawan yang Emir cakap tu. Harap-haraplah aku kenal. Kalau aku tak kenal, nanti kekok pulak suasana.

Tuesday, August 2, 2011

Cinta Itu Buta 5

"Okey semua. Kita dah sampai dekat hotel. Bawa turun semua barang-barang kamu." Ujar Cikgu Atika sesudah sampai di perkarangan hotel. Besarnya hotel ni. Eh, hotel mestilah kena besar. Kalau tak macam mana orang nak duduk. Tapi, hotel ni besarlah. Aku ni dah macam orangjakunlah pulak padahal aku pernah tengok hotel yang lagi besar daripada hotel ni.

Semua pelajar pun turun daripada bas lalu mengusung beg masing-masing ke lobi hotel. Sambil menunggu Cikgu Atika check in, aku pun berjalan-jalanlah sekitar lobi hotel. Luasnya ruang lobi hotel ni. Nak main bola sepak pun boleh. Lampu dia pulak, mak aih. Lagi besar daripada almari baju aku. Tu baru lampu. Belum lagi benda lain. Setelah puas melihat-lihat keadaan hotel, aku menuju ke arah kawan-kawanku. Semua muka penat-penat sebab perjalanan jauh. Memang bagus jugaklah cikgu terus bagi kita orang masuk bilik. Boleh tidur hilangkan penat.

"Baiklah semua. Dengar sini. Saya nak, 32 orang pelajar perempuan dan 32 orang pelajar lelaki berpecah kepada 16group. 1 group ada 4 orang. Kemudian, tentukan ketua masing-masing. Lepas tu, ketua-ketua ni mesti jumpa saya untuk ambil kunci bilik. Saya bagi masa 7 minit untuk buat apa yang saya suruh." Ujar Cikgu Atika panjang. Maka semua pelajar pun berlegar-legar mencari kumpulan. Tapi,as for me, aku memang dah ada kumpulan dah. Siapa lagi kalau bukan Nisa, Aqilah dan Najihah.

"Korang, siapa nak jadi ketua ni?" Aku bertanya. Karang, tak pasal-pasal tak dapat bilik pulak sebab tak ada ketua kumpulan.

"Aku cadang Najihah. Sebab dia agak berketerampilan, amanah, cekap dan efektif." Cadang Nisa.

"Kau ni buat iklan kat sini pulak. Hmm, Najihah pun okay." ujarku. Dengan kata-kata sepakat, aku dan yang lain melantik Najihah sebagai ketua kumpulan, ketua bilik dan ketua yang menjaga kita orang. Setelah mendapat kunci bilik, aku pun bergeraklah ke bilikku di tingkat 4. Mengikut kata-kata Najihah, semua 16 kumpulan punya bilik berada di aras yang sama iaitu tingkat 4. Baru saja aku hendak membuka pintu bilik 408, terdengar suara seseorang di muka pintu bilik 409.

"Ira? Ya Allah. Awak duduk sebelah bilik saya ke? Wah, bertuahnya saya." Orang itu menegurku.

"Emir? Bilik 409 tu bilik awak ke? Macam mana awak boleh dapat bilik sebelah saya?" Aku membalas tanpa menghiraukan muka rakan-rakanku yang sedang berkerut. Mungkin mereka pelik kerana sebelum ni aku tak rapat dengan Emir. Tiba-tiba, boleh bercakap tak ingat kawan-kawan. Manalah dia orang tak pelik.

"Well, ketua saya cakap bilik 401 sampai bilik 408 ialah bilik pelajar perempuan manakala bilik 409 hingga bilik 416 ialah bilik pelajar lelaki. Boleh pulak nasib kita bilik sebelah-menyebelah." ujar Emir. Hanya dia seorang saja yang ada di depan biliknya. Mungkin kawan-kawan dia dah masuk bilik.

"Siapa ketua awak?" Tanyaku dengan nada prihatin. Yalah, aku nak juga tahu siapa kumpulan bilik sebelahku ini. Akukan jiran prihatin. Hehe...

"Ketua saya Shafiq. Yang dua lagi tu nama dia Syazwan dan Nazhif." Terang Emir.

"Ehem. Amboi, bestnya korang berborak. Tak nampak pun kita orang berdiri macam tugu kat sini. Penat tau. Lama lagi ke nak habis?" Nisa menyampuk. Terus merah muka aku. Nisa nikan, buat malu aku jelah.

"La, kenapa korang berdiri kat sini? Asal tak masuk?" Apalah korang, dari tadi tak nak masuk. Sekarang buat malu aku je depan Emir.

"Kita orang tunggu kaulah. Kad bilikkan kat kau. Dah penat kita orang berdiri. Dia boleh sempat dating pulak." Alamak, aku lupa pulak kad bilik kat aku. Tadi aku yang beriya-iya nak bukak. Dengan perasaan malu, aku buka jugalah pintu bilikku itu.

"Okeylah Emir. Nanti kalau ada masa, kita borak lagi. Assalamualaikum." Aku menutup perbualan.

"Okey. Waalaikumussalam." Emir menjawab dengan senyuman di bibir. Lalu aku pun masuk ke dalam bilikku. Agak besar bilik ni. Ada dua single bed. Tapi single bed dia lebar. So, boleh tidur dua orang satu katil. Bilik air dia pulak, ada shower dan tub. Ada tv, balkoni, dan macam-macam keperluan lain. Ni yang best ni. Tidur dengan kawan-kawan pulak tu. Aku dan yang lain pun baringlah dekat katil. Akhirnya, kami terlena kerana terlalu penat.

***

Kringg!!! Kringg!!!

Aduh, siapa pulaklah telefon ni? Ganggu orang nak tidur je. Gagang telefon hotel kucapai. "Helo, assalamualaikum. Siapa ni?" ujarku dalam keadaan mamai sedikit.

"Helo, waalaikumussalam. Ni Cikgu Atika. I need you and your group to be at the hotel lobby by 3p.m. Understand?" Cikgu Atika? Eh, cikgu akulah. Ceh, tadi masa nak naik bilik, tak nak cakap. Sekarang baru nak calling-calling.

"Alright, teacher. Just wait for us." Balasku. Gagang telefon aku letak. Aku tilik jam tanganku. Ya Allah! Sekarang dah pukul 2.45. Mana sempat nak bersiap. Nak solat lagi. Kawan-kawan aku ni pun tidur lagi. Haish, cikgu ni pun satu. Baru nak beritahu. Kan senang kalau cakap awal-awal. Dengan segeranya aku mengejutkan kawan-kawanku yang sememangnya liat nak bangun. Kemudian, aku ke tandas untuk mengambil wuduk dan menunaikan tanggungjawabku sebagai hamba Allah. Harap-haraplah, Cikgu Atika tak marah aku lambat nanti.

Sesudah semua orang siap, aku pun turunlah ke lobi hotel. Hanya separuh pelajar yang sudah bersedia. Cikgu Atika pun ada. Nampaknya, bukan aku jelah yang lambat. Nasib baik ada orang lain yang lagi lambat. Kalau tak, malu seumur hiduplah jawabnya. Setelah semua pelajar sudah bersiap, cikgu pun menyuruh semua pelajar dengar apa yang hendak dia sampaikan.

"Alright everybody. Listen to me. Malam esok seperti yang dirancangkan, we all have a dinner. Semua orang dah tahu temanyakan? Formal. Untuk dinner malam esok, anda dikehendaki untuk mencari pasangan masing-masing. Of courselah lelaki dengan perempuan. Bukan pasangan lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan ya! Dan malam itu juga, kita akan sediakan hadiah untuk the best couple of the year. You all have until 5p.m. tomorrow to find your couple. Sekiranya anda masih tidak ada pasangan pada pukul 5 petang esok, silalah berjumpa dengan saya. Saya akan satukan anda dengan orang yang senasib dengan anda. And don't forget something. Dinner akan start pada pukul 8.30 malam. Anda harus daftar di pintu Ballroom 4 selewat-lewatnya sebelum 8.15 malam. Kalau ada apa-apa soalan, jangan segan-silu untuk berjumpa dengan saya atau Cikgu Amir. " Terang Cikgu Atika panjang lebar.

Kemudian, semua dikehendaki untuk naik bas untuk berpusing-pusing sekitar Cameron Highlands ni. Tapi kali ni, dah tak ada dah bas tu untuk lelaki, bas ni untuk perempuan. Semua orang naik je bas mana-mana pun. Tapi, aku dan kumpulanku mana boleh berenggang. Hehe... Aku dan Nisa mengambil tempat duduk yang agak tengah. Hmm, manalah aku nak cari 'couple' aku untuk malam esok. Lelaki manalah yang nak datang dinner tu dengan aku. Yalah, aku ni taklah macam Aqilah. Dia cantik, kulit putih dan ayu. Aku ni, muka dahlah tak berapa nak cantik, kulit kuning langsat, pakai braces dengan specs dan tak berapa nak ayu. Kiranya, lelaki nak pandang aku sebelah mata pun tak ingin. Bagi dia orang, lebih baiklah pandang Aqilah yang cun-melecun tu daripada nak pandang aku yang hampeh ni. Nisa dan Najihah tu pun lagi cantik daripada aku sebenarnya.

Kesimpulannya, antara kita orang berempat, akulah yang paling corot sekali kalau sentuh bab-bab cantik ni. Lelaki kalau nak pilih aku pun, kena fikir seratus kali. Tu belum kira yang handsome. Lelaki handsome lagilah... Fikir seribu kali pun belum tentu ada yang mahu. Eh, macam aku kenallah mamat tu. Ha'ahlah. Tukan Emir. La, duduk sebaris dengan akulah pulak. Siap tersenyum-senyum lagi kat aku. Haihlah, hati. Janganlah kau terpikat. Nanti kau jugak yang merana. Lelaki handsome pulak tu. Memang macam mission impossiblelah untuk Emir yang kacak tu suka dekat Sya yang hampeh ni.

"Ira, aku tengok, Emir tu macam suka je dekat kau." Ujar Nisa di sebelahku.

"Apa yang kau merepek ni Nisa? Dia yang handsome tu manalah akan jatuh cinta dengan aku yang muka hampeh ni."

"Tak baiklah kau ni cakap macam tu. Manalah tau kalau dia tu jodoh kau. Kau mesti ingat Ira. Cinta itu buta. Cinta tak kenal paras rupa."

"Entahlah Nisa. Aku tak boleh nak percaya cerita yang lelaki kacak jatuh cinta dengan perempuan muka hampeh. Macam mustahil. Kalau betullah si Emir tu suka dekat aku, aku kena buat kenduri tujuh hari tujuh malam tak? Mungkin lepas tu barulah aku akan percaya cakap kau yang cinta itu buta."

"Hmm, suka hati kaulah Ira. Aku dah cakap, kau yang tak nak percaya. Aku yakin Ira. Satu hari nanti, kau akan percaya jugak yang cinta itu buta." Aku hanya menggeleng melihat sikap rakanku yang seorang ini. Ada-ada ajelah si Nisa ni. Cinta itu buta? Hish, tak mungkinlah. Kan elok kalau lelaki kacak dengan perempuan cantik. Setakat muka macam aku ni, dengan mamat jual pisang goreng bolehlah.

Cinta Itu Buta 4

"Wah, banyaknya strawberry!" Nisa terjerit kecil sesudah sampai di ladang strawberry.

"Eleh, tu pun kau nak jakunRelaks sudah..." Aku pun sebenarnya teruja jugak. Tapi, dalam hati jelah. Cikgu bagi masa 30 minit untuk membeli atau melihat sekitar ladang. Aku pun mengeluarkan kameraku untuk mengambil gambar. Sebenarnya memang nak beli. Tapi, nanti-nanti jelah. Ada banyak lagi masa untuk membeli. Aku pun berjalan pusing sekeliling ladang strawberry yang besar tu. Bila aku lihat jam di tangan, sudah 25 minit berlalu tanpa sedar. Aku pun pergilah ke tempat masuk tadi. Tapi, aku rasa ni bukan tempat tadilah. Ni macam pintu masuk lain je. Alamak! Jangan-jangan aku sesat tak? Habislah, macam mana ni. Dahlah handphone aku tertinggal dalam bas. Kalau nak diikutkan, aku bawa duit dengan kamera je masuk ladang ni.

"Nisa! Aqilah! Najihah! Korang dekat mana?" Aku dah pusing sekeliling ladang, tapi masih tak jumpa sesiapa. Eh, macam ada kelibat seseoranglah menuju ke arahku.

***

"Okay, baiklah semua. Masa dah tamat. Semua naik bas. Kita akan gerak ke hotel lepas ni." Aku bersuara. Eh, macam tak cukup orang je. Mana pulak yang lain ni...

"Cikgu! Cikgu Atika! Ira hilang!" Tiba-tiba Najihah, Aqilah dan Nisa datang. Sampai tercungap-cungap berlari.

"Apa? Ira hilang? Macam mana boleh jadi macam ni?" Ujarku. Hish, pergi manalah dia ni. Takkanlah teruja sangat tengok strawberry sampai tak ingat nak balik sini.

"Kami tak tahu cikgu. Tadi dia ada dengan kami bertiga. Lepas tu, dia hilang entah ke mana." Kecil sangat ke Ira tu sampai boleh hilang ni? Menyusahkan betullah.

"Kamu bertiga pergi cari dia sekeliling ladang. Cikgu dan Cikgu Amir akan ikut kemudian. Cikgu nak suruh pemandu bas tunggu." Aku memberi kata putus.

"Baik, cikgu!"

***

"Emir! Emir, nasib baik awak ada. Saya dah tak tahu nak buat apa dah. Saya dahlah sesat. Handphone pulak tertinggal dalam bas." Aku berkata setelah mengenal pasti muka siapa tadi.

"Ira! Awak pun sesat? Hai, macam jodoh pulak kita nikan? Saya sesat, awak pun sesat."

"Eh, awak pun sesat ke? Saya ingat awak datang cari saya. Rupanya kita senasib. Hihi."

"Dah ladang ni besar sangat. Saya tadi nak cari pekerja ladang ni. Sampai sekarang pun tak jumpa. Boleh jumpa awak pulak."

"So, macam mana sekarang? Apa patut kita buat? Takkan kita berdua nak tidur kat ladang ni kut?"

"Kalau saya dengan awak, tidur seminggu dekat sini pun takpe. Hehe" Amboi, gatalnya dia ni. Muka pun muka buaya. Bahaya ni..

"Kalau dah lelaki tu, lelakilah jugak." Bisikku perlahan.

"Ira! Ira! Kau kat mana?" Terdengar satu suara memanggil. Eh, tu mesti kawan-kawan aku.

"Korang! Aku kat sini." Aku menjerit.

"Hah, jumpa pun kau! Eh, Emir pun ada sekali?" Aqilah tercungap-cungap kerana terpaksa berlari mencariku.

"Dia pun sesat jugak. Macam aku. Dahlah jom. Kesian cikgu tunggu." Aku dan Emir mengekori Aqilah dan Najihah. Mestilah dia orang ni dah hafal jalan balik.

"Hah, jumpa pun. Eh, Emir! Saya ingat kamu dah naik bas." Suara Cikgu Atika memecah gegendang telinga sesudah keluar dari ladang.

"Saya tak jumpa jalan keluar ladanglah cikgu. Yang saya jumpa, Ira."

"Hish, macam manalah kamu berdua ni boleh sesat? Sudah. Pergi naik bas semua. Kita akan bergerak ke hotel lepas ni."

"Baik, cikgu"