Tuesday, August 2, 2011

Cinta Itu Buta 4

"Wah, banyaknya strawberry!" Nisa terjerit kecil sesudah sampai di ladang strawberry.

"Eleh, tu pun kau nak jakunRelaks sudah..." Aku pun sebenarnya teruja jugak. Tapi, dalam hati jelah. Cikgu bagi masa 30 minit untuk membeli atau melihat sekitar ladang. Aku pun mengeluarkan kameraku untuk mengambil gambar. Sebenarnya memang nak beli. Tapi, nanti-nanti jelah. Ada banyak lagi masa untuk membeli. Aku pun berjalan pusing sekeliling ladang strawberry yang besar tu. Bila aku lihat jam di tangan, sudah 25 minit berlalu tanpa sedar. Aku pun pergilah ke tempat masuk tadi. Tapi, aku rasa ni bukan tempat tadilah. Ni macam pintu masuk lain je. Alamak! Jangan-jangan aku sesat tak? Habislah, macam mana ni. Dahlah handphone aku tertinggal dalam bas. Kalau nak diikutkan, aku bawa duit dengan kamera je masuk ladang ni.

"Nisa! Aqilah! Najihah! Korang dekat mana?" Aku dah pusing sekeliling ladang, tapi masih tak jumpa sesiapa. Eh, macam ada kelibat seseoranglah menuju ke arahku.

***

"Okay, baiklah semua. Masa dah tamat. Semua naik bas. Kita akan gerak ke hotel lepas ni." Aku bersuara. Eh, macam tak cukup orang je. Mana pulak yang lain ni...

"Cikgu! Cikgu Atika! Ira hilang!" Tiba-tiba Najihah, Aqilah dan Nisa datang. Sampai tercungap-cungap berlari.

"Apa? Ira hilang? Macam mana boleh jadi macam ni?" Ujarku. Hish, pergi manalah dia ni. Takkanlah teruja sangat tengok strawberry sampai tak ingat nak balik sini.

"Kami tak tahu cikgu. Tadi dia ada dengan kami bertiga. Lepas tu, dia hilang entah ke mana." Kecil sangat ke Ira tu sampai boleh hilang ni? Menyusahkan betullah.

"Kamu bertiga pergi cari dia sekeliling ladang. Cikgu dan Cikgu Amir akan ikut kemudian. Cikgu nak suruh pemandu bas tunggu." Aku memberi kata putus.

"Baik, cikgu!"

***

"Emir! Emir, nasib baik awak ada. Saya dah tak tahu nak buat apa dah. Saya dahlah sesat. Handphone pulak tertinggal dalam bas." Aku berkata setelah mengenal pasti muka siapa tadi.

"Ira! Awak pun sesat? Hai, macam jodoh pulak kita nikan? Saya sesat, awak pun sesat."

"Eh, awak pun sesat ke? Saya ingat awak datang cari saya. Rupanya kita senasib. Hihi."

"Dah ladang ni besar sangat. Saya tadi nak cari pekerja ladang ni. Sampai sekarang pun tak jumpa. Boleh jumpa awak pulak."

"So, macam mana sekarang? Apa patut kita buat? Takkan kita berdua nak tidur kat ladang ni kut?"

"Kalau saya dengan awak, tidur seminggu dekat sini pun takpe. Hehe" Amboi, gatalnya dia ni. Muka pun muka buaya. Bahaya ni..

"Kalau dah lelaki tu, lelakilah jugak." Bisikku perlahan.

"Ira! Ira! Kau kat mana?" Terdengar satu suara memanggil. Eh, tu mesti kawan-kawan aku.

"Korang! Aku kat sini." Aku menjerit.

"Hah, jumpa pun kau! Eh, Emir pun ada sekali?" Aqilah tercungap-cungap kerana terpaksa berlari mencariku.

"Dia pun sesat jugak. Macam aku. Dahlah jom. Kesian cikgu tunggu." Aku dan Emir mengekori Aqilah dan Najihah. Mestilah dia orang ni dah hafal jalan balik.

"Hah, jumpa pun. Eh, Emir! Saya ingat kamu dah naik bas." Suara Cikgu Atika memecah gegendang telinga sesudah keluar dari ladang.

"Saya tak jumpa jalan keluar ladanglah cikgu. Yang saya jumpa, Ira."

"Hish, macam manalah kamu berdua ni boleh sesat? Sudah. Pergi naik bas semua. Kita akan bergerak ke hotel lepas ni."

"Baik, cikgu"

No comments:

Post a Comment