Monday, August 1, 2011

Cinta Itu Buta 2

Kringg!

"Huh, finally." Kataku. "Jom Nisa." Ajakku seperti biasa.

"Jom."

"Nisa, hari ni aku tak nak beli apa - apalah dekat koperasi. Kau nak beli ke?" Tanyaku setibanya di koperasi.

"Aku nak beli makananlah. Lapar ni." Balasnya.

Terpaksalah aku tunggu di luar koperasi. Kalau dah ramai yang berebut ni, memang lambat lagilah Nisa nak habis beli. Takpalah, Nisa tunggu aku semalam. Kenalah aku tunggu dia hari ni. Setelah 5 minit berlalu, Nisa masih lagi tidak keluar lagi daripada koperasi. Hish, dia ni beli makanan ke beli koperasi? Aku dahlah tak tertahan nak buang air ni. Mataku mulalah melilau mencari rakanku yang seorang tu. Tiba - tiba, aku ternampak kelibat seorang lelaki. Eh, dialah lelaki semalam yang aku nampak tu. Aku ingat aku salah nampak semalam. Rupanya betul wujud laki tu.

"Ira!" Sergah Nisa.

"Wei, kau ni tak ada budi bahasa ke? Nasib baik aku tak ada sakit jantung." Jawabku.

"Hehe, sorry-sorry. "

"Sorry naik lorilah. Yang kau lama sangat beli tu apasal? Penat aku tunggu kau kat sini."

"Nak buat macam mana. Ramai sangat orang. Aduh, sakitnya perut aku! Eh, jom pergi tandas. Aku nak terbuanglah pula."

"Jom, aku pun nak buang air juga ni." Balasku. Apabila aku toleh ke arah lelaki itu, dia sudah tiada disitu. Eh, mana laki tadi? Ala, kacau daun betullah Nisa ni. Melepas lagilah aku nak tengok dia. Hmm, takpalah Sya. Dah bukan rezeki.

***

"Baiklah semua. Kelas dismiss." Kata Cikgu Atika.

"Erm, Ira! Hari ni, mak aku ambil aku. Kau nak tumpang aku tak?" Najihah menegurku setibanya kami di pagar sekolah.

"Boleh juga. Lagipun, aku penatlah nak jalan kaki." Balasku. Kelihatan Aqilah dan Shafiq berjalan ke arahku dengan seorang lelaki. Eh, tu bukan ke laki handsome yang aku jumpa tadi?

"Ira! Najihah! Kau orang tak balik lagi ke?" Tanya Aqilah.

"Kita orang tunggu mak aku sampai. Dia ambil aku hari ni." Balas Najihah sambil melihat sekeliling. Manalah tahu mak dia sudah sampai.

"Oh, okay. Eh, kau orang tak kenal lagikan dengan Emir? " kata Aqilah.

"Hah, Emir? Siapa Emir?" Aku tak kenal pula kawan - kawanku yang bernama Emir.

"Nilah Emir. Yang tinggi -tinggi ni. Handsome pula tu." balas Aqilah sambil tersenyum geli hati melihat aku yang tertanya - tanya.

"Hai, saya Emir." Lelaki di sebelah Shafiq berkata kepada aku dan Najihah.

"Saya Najihah."

"Er, sa.. saya Sy... Eh, I.. Ira." Tergagap - gagap aku membalas. Jap, bila masa pula aku gagap ni? Selama ni aku elok je. Jumpa Emir ni je, terus gagap. Apalah kau ni Sya.

"Sejak bila kau gagap ni Ira?" Aqilah pelik dengan kelakuan aku. Aku hanya mampu tersenyum saja kepada rakanku yang seorang itu.

"Student baru eh?" Tanya Najihah.

"Haah. Baru 2 hari sekolah." Balasnya sambil tersenyum ke arahku. Wah, dia senyum dekat aku ke? Ke dia senyum dekat Najihah yang dekat belakang aku ni? Eh, 2 hari sekolah? Maknanya yang aku jumpa semalam tu bukan bayangan mata akulah.

"Emir! Jom balik." Kata Shafiq yang dari tadi senyap saja.

"Okay girlsBye!" Dia pun berlalu pulang bersama Shafiq. Hish, agak-agak dia dah ada girlfriend tak? Kalau ada melepaslah aku.

"Eh, Ira! Mak aku dah sampailah. Jom." Najihah bersuara lalu aku terus masuk ke perut kereta ibunya.

***

Surat kebenaran ibu bapa untuk pergi lawatan ke Cameron Highlands, aku tenung. Nak pergi ke eh? Aqilah, Najihah and Nisa kata nak pergi. Kalau aku tak pergi, aku tak ada kawanlah pula nanti. Tanya jelah papa. Harap-harap dia bagi.

"Papa!" Tegurku di ruang tamu rumah Semi-D 3 tingkat itu.

"Nak apa?" Encik Ariffin menjawab sambil matanya tertumpu kepada skrin televisyen.

"Erm, Sya nak pergi lawatan ke Cameron Highlands boleh tak? Tak adalah mahal sangat. Cuma 150 ringgit untuk 3 hari 2 malam. Sebab belanja yang lain-lain, persatuan sekolah dah bayarkan. Lagipun semua kawan Sya pergi. Kalau tak Sya tak ada kawan." Terangku panjang lebar.

"Bila lawatannya?"

"Minggu depan. Start hari Jumaat sampai Ahad"

"Hmm, kebetulan hari Jumaat dan Sabtu papa outstation. Mama nak ikut sekali pergi U.S."

"So, boleh tak?"

"Meh sini kertas tu. Papa sign. Duitnya nanti pagi baru papa bagi." Encik Ariffin sibuk menandatangan surat kebenaran.

"Hihi, thanks papa. I love you" Aku terus naik ke bilikku kerana tidak mahu menonton siaran bola sepak bersama papaku. Aku taklah minat sangat dengan bola sepak ni. Tapi kalau tanya aku pasal shopping ke, ada sale ke atau kasut dekat mana lagi cantik, yang tu memang kepakaran aku. Mungkin aku ikut sikap mama aku yang kaki shopping kut. Kakak aku yang ada dekat Australia sebab sambung belajar tu tak pulak ikut perangai aku dan mama.

No comments:

Post a Comment