Thursday, August 18, 2011

Cinta Itu Buta 10

Ish, mana pulak mamat ni? Dia yang suruh aku datang sini, dia pulak tak ada. Karang ada jugak yang makan pelempang karang. Eh, mana boleh. Mana boleh lempang orang yang aku minat. Gila ke apa. Okey, tu tak kisahlah. Yang penting sekarang ni, dia ni mana? Dah berjam-jam dah aku tercongok kat sini. Tak pe. Aku kira sampai sepuluh. Kalau tak ada jugak, aku blah. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,

"Ira, dah lama tunggu?" Tegur Emir yang baru datang. Entah dari mana pun aku tak tahu.

"Eh, taklah. Saya baru sampai. Baru je sampai. Baru sampai 10 minit yang lalu." Balasku. Kau yang suruh aku datang, kau pulak lambat.

"Ye ke? Ala, kesiannya dia. Sorry." Ceh, nak kesian-kesian pulak. Macamlah aku termakan dengan kata-kata kau tu. Eh, ni Syalah.

"Dah, tak payah nak kesian-kesian. Cerita dia sekarang ni, pulangkan balik handphone saya. Saya belum kemas beg lagi ni."

"Dah nak pergi dah ke? Relakslah dulu. Borak-boraklah sekejap dengan saya." Borak? Beg aku dahlah belum kemas. Lagi satu jam cikgu dah suruh berkumpul. Ada jugak aku kena tinggal nanti.

"Saya tak ada masa lah nak berborak dengan awak. Awak pergilah borak dengan Tasya kesayangan awak tu. Bagilah cepat handphone saya tu." Hish, Tasya dia tu ada. Aku pulak yang diajak berborak.

"Borak dengan saya dulu. Then, baru saya bagi handphone awak yang cute ni." Ya, aku tahu telefon bimbitku memang comel. Telefon jenama HTC dan ada tali berwarna merah jambu berjurai-jurai.

"Okey, fine. Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Ala, nanti dia mesti pulangkan jugak handphone aku tu nanti. Yelah, anak Tan Sri manalah nak ambil hak orang. Jatuh imej ayah dia nanti. Hmm, aku pergi jelah. Aku baru berjalan dua tapak, tanganku dipegang oleh seseorang.

"Awak ni kenapa? Lepaslah."

"Dengar apa yang saya nak cakap dulu. Baru saya lepaskan."

"Emir, tolonglah lepaskan tangan saya. Sakitlah awak buat saya macam ni." Kuatnya genggaman dia. Tangan aku yang kurus ni tak mampu untuk melepaskan diri walaupun aku telah cuba beberapa kali.

"Okey, tapi dengan syarat. Awak tak akan pergi selagi saya tak habis cakap. Janji?" Hish, ada main syarat-syarat pulak. Apa-apa ajelah. Janji dia lepaskan tangan aku.

"Ye okey. Saya janji." Lalu tanganku dilepaskan. Berbekas merah-kemerahan di tanganku. Lalu aku duduk di kerusi panjang yang tersedia di tepi. Dia pun mengikut apa yang aku buat.

"Sebenarnya saya tak ada apa-apa pun dengan Tasya. Malam tu saya tak nak layan Tasya tapi dia paksa-paksa saya, saya dah tak ada pilihan. Saya minta maaf sangat sebab biar awak pergi macam tu aje." Terang Emir. Tak ada pilihan konon. Alasan je tu.

"Tak ada istilah 'tak ada pilihan' sebenarnya dalam hidup kita ni. Awak ada pilihan sebenarnya. Awak lelaki, dia perempuan. Takkan awak lagi lembik daripada dia? And lagi satu, kenapa awak cerita perkara sebenar ni dekat saya? Awak nak menggedik dengan Tasya tukan hak awak. Saya tak ada hak nak halang awak."

"Memang saya ada pilihan, tapi pilihan yang menjerat saya. Tasya tu anak kawan ayah saya. Ayah saya suruh saya layan dia baik-baik. Dia kata kalau dia dapat tahu Tasya mengadu apa-apa pasal saya dekat ayah dia, matilah saya. Dan saya wajib terangkan semuanya dekat awak sebab saya dah jatuh cinta dengan awak. Sejak kali pertama saya nampak awak dekat depan koperasi, hati saya dah bergetar. Saya tahu, awak pun dah jatuh cinta dengan sayakan?" Apa? Emir dah jatuh cinta dengan aku? Kenapalah banyak sangat kejutan kebelakangan ni. Saja je buat aku terkejut. Tapi, best sebenarnya. Mana taknya, orang yang kita suka, suka balik dekat kita. Tapi, Tasya?

"Kalau saya jatuh hati dengan awak sekalipun, awak tetap kena dengar cakap Tasyakan? Yelah, kalau dia suruh awak makan kayu, awak kenalah makan. Kalau dia suruh awak makan batu pun, awak kenalah ikut, kan? Kalau tak, dia report dekat bapak diakan?" Balasku.

"No, saya tak akan membiarkan Tasya menjadi pemusnah cinta kita. Ya, saya mengaku saya salah pada malam tu. Ira, please maafkan saya?" Sebelum dia minta maaf dengan aku lagi aku dah maafkan dia. Hmm, aku tak tahulah. Aku memang jenis yang cepat memaafkan seseorang.

"Okey, saya maafkan awak. Now, please return back my phone."

"Sebelum tu, saya nak tanya awak satu soalan dan saya nak awak jawab dengan jujur. Betul ke awak dah jatuh cinta dekat saya?" Tanya Emir.

"Kalau saya cakap tidak, awak nak pulangkan tak handphone saya?" Aku membalas.

"Kalau jawapan awak memang tulus dan ikhlas daripada hati awak, saya pulangkan."

"Hmm, kalau dengan jawapan yang tulus dan ikhlas daripada hati saya, baru awak pulangkan. Maka jawapan tulus dan ikhlas saya adalah ya, saya memang dah jatuh cinta dengan awak. Now, may I get my phone back?" Kulihat Emir tersenyum-senyum. Sukalah tu. Telefon bimbitku dipulangkan. Lalu aku dengan segeranya bergegas ke bilikku kerana hendak mengemas beg dan apa-apa yang patut. Hish, tiba-tiba aku jadi malu untuk berdepan dengan Emir lepas ni.

***

"Assalamualaikum!" Aku memberi salam di hadapan pintu pagar.

"Waalaikumussalam. Sya, masuklah." Pintu pagar automatik terbuka setelah Puan Intan menekan suis di dalam rumah. Aku masuk ke dalam sambil mengusung beg tarik. Setelah menyalam tangan papa dan mama, aku duduk di sofa untuk melepaskan penat. Ah, penatnya duduk dalam bas berjam-jam.

"Macam mana? Best tak pergi sana dengan kawan-kawan?" Tanya Encik Ariffin sambil menghirup kopi pekatnya.

"Mestilah best. Ni Sya ada beli strawberi. Nanti mama basuhlah. Boleh kita makan sama-sama. So, how's America?" Tanyaku kembali. Teringin nak tahu. Yelah, aku belum berkesempatan untuk pergi sana lagi. Lagipun tahun ni aku ada periksa besar iaitu PMR. Tinggal lagi dua bulan sahaja untuk aku bersedia.

"Best jugak. Mama ada beli hadiah untuk Sya. Ada dekat bilik Sya. Mama shopping banyak dekat sana sorang-sorang. Yalah, papakan sibuk dengan business dia. Kalau Sya ikut, bolehlah Sya temankan mama." Haih, mama... Pantang pergi mana-mana, shopping jelah kerjanya. Eleh, aku cakap je mama. Aku pun dua kali lima je.

"Assalamualaikum semua." Diyanah memberi salam ketika baru lepas menuruni tangga.

"Waalaikumussalam. Eh, kakak! Bila kakak sampai?" Terkejut aku. Aku memeluk kakakku itu. Sudah lama tidak jumpa dia.

"Semalam. Kakak cuti sekarang ni. Tu yang balik rumah ni." Balas Diyanah. Ada kawanlah aku lepas ni dengan kakakku yang baru mencecah umur 19 pada sebulan yang lalu.

"Wah, cuti sampai bila?" Soalku. Harap-harap cuti kakakku ini lama.

"Kakak cuti sebulan. Sya okey ke tak ni? Pergilah naik atas berehat. Mesti penatkan baru balik ni?" Penat tu memanglah. Rasa macam nak tumbang je ni.

"Hmm, okeylah pa, ma, akak. Sya naik dululah ye." Lalu aku menaiki tangga dan menuju ke bilikku. Terdapat beberapa beg kertas di atas katilku. Ni mesti barang-barang yang mama shopping untuk aku ni. Aku mengeluarkan barang-barang yang ada dalam beg kertas itu. Mak aih, banyaknya baju dan seluar yang mama beli. Baju yang tebal, yang biasa, warna biru, warna merah, warna hitam dan banyak lagi. Tu tak termasuk seluar lagi. Seluar jeans la, slack la. Macam-macam ada. Haih, mama. Kalau bab menghabiskan duit papa, dialah nombor satu. Aku pulak nombor dua. Hihi, dahlah. Baik aku tidur daripada buang masa memikirkan perkara yang tak penting. Aku sangatlah penat sekarang ni. Dapat tidur 2 jam pun jadilah petang-petang macam ni.

No comments:

Post a Comment