Tuesday, August 9, 2011

Cinta Itu Buta 8

"Ira, romantiknya pakwe kau tu. Jealous aku." Ujar Aqilah sesudah kami berempat sampai di bilik.

"Jap, ni bila masa pulak aku ada pakwe? Kau dah nyanyok eh?" Balasku. Aqilah ni pening ke nyanyok? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba aku ada pakwe.

"Eh, aku yang nyanyok ke kau? Si Emir tulah. Bukan dia pakwe kau ke?" Bila masa pulak aku jadi makwe Emir ni?

"Dia bukan pakwe akulah. Kita orang kawan jelah." Hmm, betul tu. Antara aku dengan Emir cuma kawan je. Tak lebih daripada tu.

"Hmm, tak kisahlah dia pakwe kau ke tak. Tapi dia memang romantik. Memang korang patut pun menang. Tapi kenapa kau tak cerita pasal dia lamar kau tu dekat kita orang?" Soal Aqilah. Beritahu jelah kat dia orang. Dia orang kawan baik aku pun.

"Sebab sebenarnya peristiwa tu tak pernah berlaku pun. Aku dengan Emir tipu je tadi. Sebenarnya dia tanya aku 'awak nak pergi dinner tu dengan saya tak?' tanpa ada bunga dan tanpa melutut. Korang tahukan yang aku ni memang agak terer berlakon? Emir yang first-first tipu, so aku tolonglah dia menipu sampai habis." Terangku. Kesian pulak dia orang ni. Aku terangkan perkara sebenar, tapi ada tipu-tipu jugak. Yelah, takkan aku nak beritahu dia orang yang Emir tipu aku untuk jadi pasangan aku. Jatuh imej aku. Haha...

"Ya Allah Ira! Mati-mati aku ingat cerita kau dengan Emir tu betul. Tapi kenapa korang tipu? Sebab nak menang eh?" Nisa berkata.

"Bukanlah. Adalah satu sebab ni yang korang tak boleh tahu. Tapi bukan sebab aku nak menang. Ada sebab lain." Balasku. Ya, korang tak boleh tahu pasal tu. Aku malu nak cakap aku kena tipu.

Ting! Tong!

"Eh, siapa pulak yang datang pukul 11 malam ni? Orang dahlah nak kemas beg, nak balik esok. Nak tidur lagi. Mengganggu ketenteraman betullah." Omel Aqilah. Aqilah mendekatkan matanya ke arah lubang kecil yang berada di pintu.

"Ira! Emir datanglah." Jerit Aqilah. Emir? Dia buat apa tengah-tengah malam ni? Dahlah datang bilik anak dara. Seram sejuk pulak aku. Aku terus memakai tudung kerana aku yakin Emir hendak jumpa aku.

"Emir? Kenapa awak datang bilik saya malam-malam ni?" Tanyaku setelah pintu bilikku telah ku tarik sedikit. Santai je pakaian Emir. T-shirt dengan seluar tracksuit. Eh, samalah dengan aku. Cuma aku lengan panjanglah. Takkan lengan pendek pulak. Aurat!

"Saya nak ajak awak jalan-jalan ambil angin kat taman. Nak ikut?" Ajak Emir. Hmm, bagus jugak aku ikut. Lagipun ni malam terakhir aku dekat sini.

"Hmm, boleh jugak. Jom." Balasku. Lalu aku dan dia bergerak menuju ke taman di luar hotel ini.

***

"Hmm, ni first time ke awak datang Cameron Highlands?" Soal Emir sambil aku dan dia berjalan-jalan di sekitar taman hotel yang luas ini. Ada air pancut, lampu warna-warni, kerusi kayu panjang, gazebo dan rumput-rumput yang menghijau.

"Taklah. Dah banyak kali dah saya datang sini. Awak?" Soalku balik. Inilah masanya aku tanya soalan tentang dia. Dapatlah berkenalan dengan lebih dekat.

"Saya pun dah banyak kali datang sini. Awak ada berapa orang adik-beradik?"

"Dua termasuk saya. Saya anak bongsu."

"Oh, anak bongsu. Manjalah ni?"

"Tak mainlah manja-manja ni. Tak style. Awak pulak?"

"Saya ada tiga orang adik-beradik. Saya anak sulung."

"Hmm, saya ada dengar cerita yang awak ni anak Tan Sri. Betul ke?"

"Betul. Ayah saya selalu busy. Masa dia lebih banyak dihabiskan di pejabat berbanding dengan rumah. Tapi kadang-kadang dia ambil cuti jugak. Rehatkan diri."

"Ala, ayah saya pun selalu busy jugak walaupun saya bukan anak Tan Sri."

"Ye ke? Ayah awak kerja apa?"

"Hmm, awak carilah sendiri. Saya tak nak beritahu."

"Okay. Ira, sebenarnya saya nak beritahu awak sesuatu ni."

"Apa dia? Cakaplah." Apa bendalah yang Emir nak cakap ni? Buat nervous aku je.

"Sebenarnya sejak saya terpandang awak masa dekat depan koperasi tu..." Baru Emir hendak berkata, ada seseorang datang ke arah aku dan Emir lalu memutuskan perbualan aku dengan Emir.

"Emir? Wah, tak sangka I dapat jumpa you dekat sini. You tak tidur lagi ke? Kenapa you jalan-jalan dekat sini dengan perempuan ni? Asal you tak ajak I?" Tasya menyampuk sambil jari telunjuknya tertunjuk ke arahku. Amboi, 'perempuan ni' kau panggil aku? Kau ingat aku tak ada nama ke? Hish, minah ni. Dahlah kacau daun. Aku tengah khusyuk nak dengar apa yang Emir nak cakap tadi boleh pulak kau datang. Kau datang timing dia tak tepatlah.

"You pun ada dekat sini? You pulak, kenapa tak tidur lagi?" Adoyai, Emir layanlah pulak minah gedik ni. Tulang tangan pun macam patah je aku tengok. Terliuk sana, terpusing sini. Aku potong tangan kau tu karang, biar padan muka kau tak ada tangan.

"I saja je ambil angin malam ni sebab tak mengantuk lagi. Tak sangka pulak dapat jumpa you. So, you dah kemas beg you ke untuk balik esok?" Balas Tasya. Aih, macam lama lagi je conversation ni. Emir pun macam dah tak layan aku je. Aku tinggalkan ajelah dia orang berdua ni.

Aku berjalan terus menuju ke bilikku di tingkat 4 tanpa meninggalkan sebarang kata pun terhadap mereka. Terdengar Emir melaungkan namaku tapi aku buat-buat tak dengar. Dia tak kejar aku pun. Mestilah dia lagi suka layan si minah gedik tu daripada aku. Eeeeiii, sakitnya hati aku. Kalaulah aku tahu perkara ni akan berlaku, aku memang tak nak terima ajakan Emir tadi. Dia bukannya nak layan aku, lagi pergi layan minah tu padahal dia datang dengan aku bukannya dengan Tasya.

Alah, aku ni je yang lebih-lebih. Emir yang handsome macam tu manalah nak suka dekat aku. Mati-mati aku ingat dia nak cakap dia suka dekat aku tadi. Tapi dia pergi layan minah tu, memang nampak sangat aku yang over fikir yang bukan-bukan. Fine! Lepas ni, aku memang dah malas nak layan dia lagi dah. Lagi aku layan, lagi aku jatuh hati dengan dia. Lagi aku jatuh hati, lagi sakitlah hati aku tengok dia tak layan aku. Hish, aku tidur lagi bagus. Dapat rehatkan otak yang tengah berserabut ni. Lagipun, esok aku ada plan. Untuk menjalankan plan ni, aku kena bangun awal!

No comments:

Post a Comment