Friday, August 5, 2011

Cinta Itu Buta 7

Ting Tong!!!

Huh, dia dah sampai ke? Aku tilik jam di tangan. Dah pukul lapanlah. Alamak, aku dahlah nervous ni. Macam manalah rupa dia. Tiba-tiba aku rasa tak sesuai pulak dengan dia. Lagi satu, nanti aku nak cakap apa dengan dia? Ala, macam mana ni? Hmm, tak pelah. Nanti aku mesti ada idea punya nak berborak dengan dia.

"Najihah, aku pergi dulu tau!" Ujarku. Aku lihat Najihah masih membetulkan tudung yang dah betul. Hai, perempuan ni. Apa lagi yang tak kena dengan tudung dia tu pun aku tak tahulah.

"Wah, pakwe kau dah sampai eh?" Ceh, bila masa pulaklah dia jadi pakwe aku ni. Tengok muka dia pun belum, ada hati nak jadi makwe dia.

"Hish kau ni. Ada-ada ajelah. Okay, nanti jumpa dekat sana." Lalu aku terus pergi ke pintu bilikku. Sesudah aku buka sedikit pintu itu, aku nampak satu wajah yang aku kenal. Hish, aku salah tengok ni. Aku gosok mataku. Eh, muka dia lagi. Mata aku rosak ke?

"Emir? Apa awak buat dekat sini? Mana kawan awak tu?" Tanyaku. Terkejut juga aku sebab bukan kawan dia yang tercongok depan pintu bilikku ni sebaliknya dia.

"Erm, kawan saya suruh saya escort awak pergi Ballroom tu. Jomlah." Balasnya. La, ni apa pulak main escort-escort ni? Hmm, apa-apa jelah. Yang penting aku dapat makan!

"Mana pasangan awak? Dia tak marah ke awak teman saya ni?" Aku bertanya sesudah kami memulakan langkah menuju ke Ballroom Empat.

"Hmm, saya dah cakap dekat awak ke yang malam ni you look so beautiful and gorgeous?" Emir menukar topik.

"Awak pun apa kurangnya. You look handsome in that suit. Macam berjanji pula kita ni. Saya pakai baju kurung biru, awak pakai kemeja biru." Pujiku. Walaupun sebelum ni dia memang kacak, malam ni dia nampak lebih kacak.

"Sila tulis nama anda dan nama pasangan." Kata pekerja hotel yang bertugas di kaunter pendaftaran sesudah kami sampai di hadapan pintu Ballroom Empat. Ramai jugak pasangan-pasangan yang berada dekat luar Ballroom ni. Perempuan dengan baju kurungnya, lelaki dengan suitnya. Lalu aku lihat Emir menulis namanya dan namaku sebagai pasangannya. Eh, bila masa aku jadi pasangan dia ni? Bila aku nak tanya dia, ada pulak kawan dia tegur dia. Hmm, aku tanya dia kat dalam Ballroom jelah. Bagus jugak aku dapat jadi pasangan dia buat sementara. Hihi...

***

"Awak, mana kawan awak? Pasangan awak?" Tanyaku apabila kami sudah duduk sebelah-menyebelah di sekeliling meja bulat. Terdapat juga pasangan-pasangan lain.

"Hmm, kalau saya beritahu awak sesuatu yang mungkin akan membuatkan awak marah boleh tak?" Balasnya. Marah? Walau perkataan kesat pun yang diluahkan oleh Emir kepadaku, aku takkan sesekali pun memarahinya.

"Apa dia?" Apalah yang ingin dikatakannya ni.

"Sebenarnya kawan saya tu, nama dia Emir. Emir yang dekat sebelah awak nilah. Untuk malam ni, awaklah pasangan saya." What? Kawan Emir tu sebenarnya Emir? Aku mimpi ke ni? Aku cubit pipiku beberapa kali. Sakit. Maknanya realitilah ni?

"Ira, kenapa dengan awak ni? Kesianlah pipi awak kalau awak buat macam tu." Emir berkata. 'Sorrylah Nazhif. Aku tak ikut nasihat kau.' getus hati Emir.

"Oh, awak kesian dekat pipi saya jelah. Saya yang kena tipu ni awak tak kesianlah? Dahlah, saya mogoklah dengan awak." Haha, biar kau rasa macam mana kena tipu balik. Eh, ini Syalah. Setakat berlakon drama murah macam ni, petik jari je. Takkanlah aku boleh mogok betul-betul dengan Emir, orang yang aku minat. Aku saja je nak tengok reaksi dia.

"Saya..."

"Baiklah semua. Sebelum kita makan hidangan yang tersedia di meja anda, marilah kita saksikan sedikit persembahan daripada pasukan tarian sekolah." Ucapan Cikgu Amir sebagai juruacara menghentikan ayat Emir yang tergantung itu. Setelah tamat persembahan, Cikgu Amir menjemput semua untuk makan dan menikmati hidangan sambil menyaksikan persembahan-persembahan lain.

"Awak masih marahkan saya ke?" Emir bertanya ketika pelayan hotel mencedokkan nasi beriyani ke pinggan dan menuangkan air ke dalam gelas masing-masing.

"Taklah. Saya marahkan kawan awak, si Emir tu hah." Balasku. Comelnya muka dia bila dia gelabah. Lain kali aku nak pura-pura merajuklah dengan dia, barulah dapat tengok muka comel dia tu.

"Okaylah, saya minta maaf. Saya sebenarnya nak sangat jadi pasangan awak. Tapi saya tak tahu nak cakap macam mana dengan awak. I'm so sorry." Ujarnya. Aww, kalau muka comel macam ni minta maaf, siapalah yang boleh cakap 'tidak'.

"Saya akan maafkan awak kalau awak tolong ambilkan lauk untuk saya." Sebenarnya aku malu nak ambil lauk depan pasangan-pasangan yang tidakku kenali.

"Okay." Lalu dia ambilkan lauk-pauk yang ku minta. Kami pun menikmati juadah yang disediakan dengan penuh selera. Ditambah pula dengan pertunjukkan-pertunjukkan yang menghiburkan hati. Dinner malam ni sangatlah indah dan ceria. Tidak sia-sia aku datang ke Cameron Highlands ni.

***

"Jadi sekarang kamu sudah kenyang? Sekarang ini, saya akan mengumumkan calon-calon the best couple of the year yang telah dipilih oleh pekerja hotel, Cikgu Atika dan saya. Dipersilakan pasangan Tasya dengan Arif, pasangan Aqilah dengan Shafiq dan pasangan Aida dengan Hadi untuk naik ke atas pentas." Ujar Cikgu Amir. Hmm, aku tak dapat ke? Aku tahulah aku ni tak cantik kalau nak dibandingkan dengan perempuan-perempuan dekat atas pentas tu. Tapi, sekurang-kurangnya Emir ni boleh tahan kacaknya. Tak diterima jugak ke?

"Oh, sebenarnya ada satu lagi pasangan yang saya belum sebut iaitu pasangan Emir dan Ira. Sila naik ke atas pentas." Eh, aku tak salah dengarkan? Tu nama akukan? Nama aku Ira atau pun Sya. Dia sebut Irakan?

"Ira, apa yang awak termenung tu? Jomlah, nama kita kena panggil." Emir berkata. Wah, betullah nama aku dengan Emir kena sebut. Semua mata memandang ke arahku ketika aku dan Emir berjalan hendak naik ke atas pentas.

"Baiklah semua. Setiap seorang telah diberi sekeping kertas untuk mengundi. Anda hanya perlu menulis nama pasangan yang anda minat. Kemudian, para pekerja hotel akan mengambil kertas tersebut daripada anda. Sementara menunggu keputusan, saya hendak menyoal beberapa soalan kepada pasangan ini." Hish, soalan apalah yang Cikgu Amir nak soal ni? Jangan soal yang bukan-bukan sudah...

"Kepada Tasya, macam manakah kamu dan Arif dapat bersama pada malam ini? Adakah disebabkan Arif yang mengajak atau kamu yang meminta?" Soal Cikgu Amir. Perghh soalan cikgu tu. Kalau kena dekat aku, mati aku. Aku nak jawab apa ni?

"Saya diajak oleh Arif untuk datang bersama dengan dia. Sebenarnya saya sudah ada calon dihati, cuma orang itu tidak mahu bersama dengan saya malam ini." Matanya menjeling ke arah Emir. Emir kulihat tidak mengendahkan jelingan maut Tasya itu. Tasya ni pun satu. Dia nak jugak cakap pasal tu. Kecik hati Arif tu nanti, kesian Arif.

"Wah, berita panas. Siapakah calon yang Tasya maksudkan itu?" Tanya Cikgu Amir.

"No comment." Tasya menjawab dengan muka angkuhnya itu. Amboi, kau ingat kau tu artis ke nak jawab no comment no comment ni? Muka pun muka minta penampar. Bilalah kau nak buang kegedikkan kau tu Tasya?

"Nampaknya Tasya tidak mahu memberitahu. Tak pelah. Seterusnya kita menyoal pasangan kedua ini pula. Bagaimana kamu berdua dapat datang bersama malam ini?" Cikgu Amir membiarkan saja pertanyaannya kepada Tasya. Setelah pasangan kedua dan ketiga telah disoal, kini tiba waktunya untuk aku dan Emir untuk disoal. Hanya Allah saja yang tahu betapa berdebar dan gemuruhnya aku waktu ini.

"Akhir sekali, bagaimanakah pasangan ke empat ini boleh datang bersama-sama?" Alamak, aku nak jawab apa ni? Takkan aku nak berterus terang dengan Cikgu Amir kut yang aku kena tipu dengan Emir?

"Saya propose dia untuk jadi pasangan saya malam ni." Emir menjawab. Pandai betul kau kelentong dia orang ni ye? Oh, ha'ahlah. Kalau aku pun kau dapat kelentong, apatah lagi dia orang semua ni.

"Ya, dia melutut depan saya sambil menghulurkan sekuntum bunga rose. Kemudian dia tanya, 'Would you be my couple for the dinner?' " Dah alang-alang Emir nak tipu, baik tipu sampai habis. Seperti yang aku cakapkan, kalau bab-bab berlakon ni, aku memang pakar. Aku dah boleh menang Oscar Award dah sebenarnya. Semua skrip untuk setiap babak yang selalu berlaku dalam drama-drama biasa dah ada dalam otakku. Termasuklah babak masa ni.

"Dan Ira terima bunga tersebut sambil cakap 'I do' " Emir menambah. Aku tengok muka dia orang ni semua muka teruja. Agaknya romantik sangat kut penipuan aku dengan Emir tadi. Tu yang semua teruja tu. Siap bertepuk tangan lagi lepas dengar cerita kita orang. Dengan cikgu-cikgu sekali tepuk tangan. Hmm, aku dah cakap dah. Aku memang patut dapat Oscar Award tu dengan Emir. Cuma dalam ramai-ramai orang yang bertepuk tangan ni, ada seorang manusia yang tidak bertepuk tangan malah mencebikkan mulutnya. Siapa lagi kalau bukan si Tasya tu.

"Wow, terharu sungguh saya mendengar cerita korang." Alamak, ni yang aku gelabah ni. Lepas ni mesti nak umumkan siapa pemenangnya. Tapi aku rasa aku tak menanglah. Aku rasa pasangan lain patut menang. Aku tak sepatutnya berada di atas pentas ni. Sepatutnya aku duduk macam orang lain dekat kerusi aku.

Setelah mengambil satu kad daripada Cikgu Atika, Cikgu Amir bersuara kembali. "Baiklah keputusan sudah pun berada di tangan saya. Gelaran the best couple of the year jatuh kepada pasangan Emir dengan Ira!" Ya Allah, betul ke apa yang aku dengar ni? Nak kata aku tak korek telinga, baru minggu lepas aku korek. Maknanya betullah apa yang aku dengar ni? Cikgu Atika datang kepada aku dan Emir sambil membawa dua buah cincin dan memberi satu kepadaku dan satu kepada Emir. Kemudian, Emir menyarungkan cincin itu ke jari manisku dan aku pula menyarungkan cincin itu kepada dia. Di cincin itu tertulis 'the best couple of the year'. Aku sangat gembira sampaikan aku tidak mampu mengeluarkan satu patah perkataan pun. Hanya senyuman manis yang aku berikan setiap kali ada orang mengucapkan tahniah kepadaku.

No comments:

Post a Comment