Saturday, September 3, 2011

Cinta Itu Buta 12

"Cik Sya, Tan Sri Hamdan meminta Cik Sya untuk hadir mesyuarat ahli lembaga pengarah pada pukul sepuluh pagi." Ujar Aina. Uncle Hamdan panggil aku? Tan Sri Hamdan atau di luar pejabat aku memanggilnya Uncle Hamdan merupakan CEO syarikat ini dan juga merupakan kawan papa. Syarikat papa merupakan supplier syarikat ini. Aku dapat kerja dekat sini pun sebab papa yang kenalkan aku dekat Uncle Hamdan. First-first kerja dah dapat jawatan akauntan kanan. Aku agak terkejut jugak sebab aku ingat aku cuma akan dapat jawatan akauntan biasa tapi Uncle Hamdan cakap aku berkelayakan dan ada potensi untuk mengharumkan nama syarikat. 

"Okey Aina. Terima kasih." Aku kembali sambung meneliti kes klien yang berada di bawah jagaanku. Setelah tiga puluh minit berlalu, Amira mengetuk pintu pejabatku.

"Sya, jom pergi sekarang." Ujar Amira. 

"Hah? Pergi mana?" Pergi mana pulak ni? Aku ada janji dengan Amira nak pergi mana-mana ke?

"Pergi mesyuarat ahli lembaga pengarahlah. Kau pun dijemput sekalikan?" Tanya Amira.

"Oh, ha'ahlah. Banyak sangat masalah klien sampai terlupa aku ada mesyuarat. Kalau macam tu, jomlah kita gerak." Aku dan Amira pergi ke bilik mesyuarat. Setelah mengambil tempat duduk, beberapa minit kemudian Tan Sri Hamdan memunculkan diri.

"Baiklah, mari kita mulakan agenda kita yang pertama."  Tan Sri Hamdan berkata setelah duduk di kerusi besarnya. 

"Saya nak perkenalkan staf baru kita iaitu Hazriq. Beliau baru sahaja pulang ke tanah airnya setelah mendapat lulusan degree in business management dekat UK Selain itu, beliau sempat mencari pengalaman di sana sebelum pulang ke tanah air." Oh, ada staf baru. Patutlah Tan Sri panggil aku masuk mesyuarat ni. Hazriq from UK? Dah pernah bekerja dekat UK pulak tu. Dia dapat lulusan bisnes manakala aku cuma dapat lulusan akaun sahaja. 

"Mulai sekarang, Hazriq akan memegang jawatan General Manager di Danidah Holding." General Manager? Jawatan yang lagi tinggi daripada aku. Hmm, agak peliklah. Selalunya staf baru kenalah dapat jawatan yang rendah-rendah dulu macam Manager ke, atau pun Senior Manager. Then, barulah naik pangkat jadi GM. Entah-entah, Hazriq ada saham dekat syarikat ni jugak tak? Tak pun, Hazriq ada family relationship dengan Tan Sri Hamdan. 

"Assalamualaikum semua. Seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Hamdan, sayalah Hazriq. Saya amat bertuah kerana dapat bekerja di syarikat yang berketerampilan seperti syarikat ini. Saya harap, semua orang dapat membantu saya kerana saya staf baru di sini." Ujar Hazriq. Hmm, boleh tahan kacak lelaki ni. Kulit putih susu, mesti dah lama duduk UK, sebab tu kulit putih macam mat saleh. Tapi muka dia, remind me of someone. Muka dia ada iras-iras seseoranglah. Ala, lupalah pulak siapa. Mesyuarat diteruskan dengan agenda seterusnya yang berlangsung selama dua jam.

***

Hmm, bilik siapa sebelah bilik aku ni? Meja setiausaha dia kosonglah pulak. Pergi manalah secretary dia ni. Hmm, nasib baik dinding yang ada pintu bilik ni berkaca. Dapat aku tengok ada orang ke tak. Kalau ada, boleh aku buat kawan. Yalah, bilik sebelah aku je pun. Eh, dekat pintu bilik ada namalah.

Nur Syahirah
Senior Accountant

"Hai! Cik Syahirah right?" Aku menegur setelah mengetuk pintu. Harap-harap aku tak ganggu dia.

"Oh, hai! Yup, that's me." Balas Sya setelah bangun daripada kerusinya. Hmm, cantik jugak Cik Syahirah ni. Walaupun bertudung, pakaiannya menampakkan sikap profesionalnya.

"Saya Hazriq. General Manager baru dekat sini. Office saya betul-betul sebelah pejabat Cik Syahirah." 

"I know. I know from the meeting just now. Encik Hazriq, the new GM of this company. Selamat datang ke Danidah Holding." Oh, dia pun ada dekat bilik mesyuarat tadi. Tapi, kenapa masa orang lain bertegur sapa dengan aku lepas keluar bilik mesyuarat, dia tak ada sekali? Hmm, mungkin dia banyak kerja agaknya.

"Tak payahlah berencik-encik dengan saya. Just call me Hazriq." Ujarku.

"Kalau macam tu, you can call me Sya." Sya membalas dengan senyuman. Comellah pulak Sya ni, dengan lesung pipitnya tu.

"Hmm, I nak tanya something. Apa maksud Danidah tu eh?" Aku bertanya. Walaupun sebenarnya aku dah tahu, tapi sebab nak dengar suara dia, tanya jelah apa-apa.

"Oh, maksud Danidah. Danidah diambil sempena gabungan nama Tan Sri Hamdan dan Puan Sri Hamidah. Kalau buang 'Ham' dekat depan nama dia orang, dapatlah Danidah." Terang Sya. 

"Oh, I see. Hmm Sya, you dah lama kerja dekat sini ke?"

"Hmm, taklah lama sangat. Dalam tiga tahunlah"

"Lamalah jugak tu. Hmm, boleh tak kalau I nak ajak you keluar lunch hari ni? I tak kenal sangat staf-staf dekat sini."

"Erm, I'm so sorry Hazriq. I'm kinda busy right now. Maybe next time. Why don't you ask Amira? Dia pun akauntan kanan macam I jugak dan dia memang selalunya free kalau ada orang ajak dia lunch lagi-lagilah dengan orang macam Hazriq ni." La, aku ajak dia, dia suruh aku ajak orang lain pulak. Well, takpelah. Kali ni je dia terlepas, esok-esok jangan haraplah.

"Hmm, kalau macam tu, lain kali jelah I ajak you lagi. Okeylah Sya, I keluar dulu. Tak naklah kacau you lama-lama." Sya mengangguk lalu duduk di kerusinya. Tak pe Hazriq. Kau baru cuba sekali, takkan dah mengalah kut. Aku keluar daripada bilik Sya dan terus menuju ke bilikku.

"Encik Hazriq, Encik Hazriq ada mesyuarat dengan pengurus-pengurus syarikat pada pukul tiga." Setiausaha baruku berkata ketika aku melalui mejanya untuk masuk ke pejabatku.

"Okey Sofiah. Thanks. Erm, jap. By the way, awak dah lama kerja dekat sinikan?"

"Ya, Encik Hazriq. Sebelum ni saya setiausaha GM lama, Encik Danial. Ada apa boleh saya bantu?"

"Cik Sya tu memang selalu tak keluar lunch ke?"

"Erm, dia akan keluar kalau kawan dia ajak. Kalau kawan dia tak ajak, dia tak selalu keluar lunch sorang-sorang. Tu pun saya dapat tahu daripada setiausaha dia, Aina."

"Oh, kalau macam tu tak ada apalah. Awak boleh sambung kerja awak." Ujarku. Lalu aku masuk ke dalam bilik dan menyemak satu-persatu fail klien.

***

"Ala, masa aku nak baliklah, jalan jammed." Sya mengomel sendirian dalam kereta. Hmm, lambat lagilah aku nak sampai rumah kalau macam ni. Volume radioku kuatkan. Daripada aku merungut tak tentu pasal, lebih baik aku nyanyi. Selepas habis aku menyanyi sebuah lagu bersama radio keretaku itu, sebuah lagu sedih menyanyi-nyanyi di corong radio.

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji di mungkiri lagi
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalan~
Kenapa lagu ni macam menceritakan kisah silam aku? Ya, sia-sia sahaja aku mencintai lelaki itu. Lelaki itu sama sahaja dengan lelaki-lelaki lain. Lelaki yang hanya mahu mainkan perasaan perempuan. Apa salah aku? Ya, aku salah. Aku salah kerana mencintainya. 
"Huh, lagi seminggu je nak PMR. Hish, gementarnya. Harap-harap aku boleh buat yang terbaik." Sya berkata sendirian sesudah sampai sekolah. Hmm, hari ni Emir dah janji dengan aku nak ulangkaji sama-sama lepas habis sekolah. Tapi, tak nampak langsung kelibat dia. Mungkin dia datang lambat. Aku bergerak menuju ke kelasku.
Hish, mana Emir ni? Semalam dia yang janji dengan aku nak ulangkaji dekat perpustakaan. Ni dia yang tak datang. Dah sejam dah aku tunggu. Hmm, kalau macam ni aku blah jelah. Entah-entah dia lupa. Aku keluar dari perpustakaan dan pulang ke rumah.

Hmm, tak boleh jadi ni. Dekat sekolah aku tak nampak dia. Janji nak jumpa dekat perpustakaan pun dia tak datang. Entah-entah ada sesuatu dah berlaku tak? Aku dapat merasakan sesuatu dah berlaku. Telefon bimbitku di atas meja kucapai.

"Helo." Eh, asal suara perempuan pulak ni? Dia tukar jantina ke? Eh, tak mungkinlah. Mak dia kut.

"Erm, helo. Boleh saya bercakap dengan Emir?" Ujarku.

"Hei, Ira. Kau dengar sini baik-baik. Lepas ni, kau tak payah lagi ganggu Emir. Dia bukannya suka dekat kau pun. Dia cuma nak mainkan perasaan kau je. Kau tu je yang perasan." Ni perempuan manalah pulak tetiba memekik kat telefon ni? Ni nak kenakan aku ke apa? Emir baik je dengan aku. Tiba-tiba pulak Emir nak mainkan perasaan aku. Gila ke apa minah ni?

"Erm, ni siapa eh? Kenapa cakap macam tu?" Soalku. Perempuan manalah yang memekik ni? Aku nak tahu jugak. Lepas tu, tak pasal-pasal cakap yang bukan-bukan.

"Ni Tasya. Kau dengar sini. Nilah kali terakhir kau dapat telefon nombor Emir ni. Kau tahu sebab apa? Sebab family aku dengan family Emir nak pindah ke luar negara. Kau nak datang cari Emir dekat rumah dia, kau datanglah. Rumah tu dah tak ada orang. Dah kosong. Kita orang sekarang ni dekat airport. Lepas ni, jangan haraplah kau dapat jumpa Emir lagi. Kau lupakan jelah Emir. Dia pun bukannya suka kau, dia cuma nak mainkan perasaan kau je. Kalau kau tak percaya cakap aku, kau boleh tanya guru kelas Emir. Mak ayah Emir dah jumpa cikgu tu. And perkara terakhir aku nak cakap dengan kau, tak ada perempuan yang boleh rampas Emir daripada aku dan tak akan ada! Kau ingat tu." Telefon bimbitku jatuh daripada genggamanku dan terburailah segala isi-isi telefon tersebut. Ya Allah! Betulkah apa yang aku dengar ni?

Pin! Pin!

"Eh, Ya Allah." Eh, aku mengelamun ke? Kereta dekat belakang dah bising dah suruh jalan. Hish, macam mana aku boleh mengelamun lama sangat ni? Kereta dekat depan aku tadi dah jauh ke depan. Aku je yang tak bergerak dari tadi. Kesian kereta-kereta dekat belakang aku. Tak pasal-pasal jadi mangsa. Hehe, minta maaflah wahai pemandu-pemandu sekalian.


No comments:

Post a Comment