Friday, September 16, 2011

Cinta Itu Buta 13

Aish, masuk hari ni, dah sebulan aku kerja dekat sini. Tapi Sya langsung tak pernah terima keluar lunch dengan aku or keluar breakfast dengan aku. Kalau perempuan lain, dia orang yang ajak aku, bukan aku yang ajak dia orang. Sya ni keras hati betullah. Ke dia tu memang bukan perempuan sebenarnya? Eh, apa aku merepek ni. Mestilah dia perempuan. Ah, aku tak kira. Aku akan siasat kenapa dia tak nak keluar dengan aku. Nur Syahirah, kau tunggulah.

"Encik Hazriq, saya keluar lunch dulu eh." Sofiah berkata setelah mengetuk pintu bilik bosnya.

"Er, nanti kejap Sofiah. Hari ni Sya... Eh, maksud saya Cik Sya keluar lunch tak hari ni dengan kawan dia?" Hmm, harap-harap dia keluar lunch.

"Hmm, saya rasa dia keluar kut. Saya nampak dia kemas barang-barang dia."

"Okaylah kalau macam tu. Awak boleh pergi sekarang." Hazriq berkata. Sofiah yang berbaju kurung biru hari ni keluar daripada bilik Hazriq dan terus berlalu keluar bersama Aina, kawannya yang juga merupakan setiausaha Sya. Hmm, lebih baik aku siap-siap cepat. Karang terlepas pulak. Setelah aku keluar dari bilik, aku nampak kelibat Sya di hadapan lif. Terus aku juga menunggu di hadapan lif. Eh, tapi macam mana kalau Sya perasan pelan aku ni? Hah, aku ada idea yang bernas yang tak pernah dibuat orang. Hmm, ada kut orang buat tapi aku tak pernah dengar lagilah orang buat benda ni.

Sya memandang pelik ke arah Hazriq. Eh, mamat ni pun nak turun sekali jugak ke? Hmm, adalah dia nak keluar dengan sesiapa hari ni. Waktu aku nak turun jugaklah, dia nak turun. Jangan-jangan dia nak ikut aku tak?

"Hello Sofiah. Awak cancel semua mesyuarat saya petang ni. Saya kena pergi jumpa Dato' Azrai sekarang. Dan lepas tu maybe saya tak balik pejabat sebab saya kena balik rumah lepas tu." Hazriq berkata selepas mengeluarkan handphonenya dan meletakkan ke telinga. Hmm, bergeliga jugak otak kau ni Hazriq. Tak sia-sia mak kau mengandung sembilan bulan. Eh, tapi mak aku cerita dia mengandungkan aku tujuh bulan je. Dia cakap aku keluar awal dua bulan daripada tarikh yang dijangka. Ah, tu tak kisahlah. Sembilan bulan ke, tujuh bulan ke, yang penting plan aku berjaya. Hehe, jumpa Dato' Azrai konon. Sofiahnya pun aku tak call, ada hati nak suruh Sofiah cancelkan semua mesyuarat aku.

Sya mengeluh. Huh, nasib baiklah mamat ni ada meeting dengan Dato' Azrai. Aku ingat dia nak ikut aku tadi. Yalah, manalah tahu dia nak ikut aku pergi mana sebab aku asyik tolak aje bila dia ajak keluar. Eh, bila fikir balik, takkanlah Hazriq, the GM of the company nak stalk aku? Hmm, agak tak logiklah pulak. Aku ni pun satu, fikir yang bukan-bukan. Mestilah Hazriq tu keluar sebab nak jumpa client. Hah, akhirnya terbuka pun pintu lif ni. Aku ingat dah berhenti bekerja dah lif ni. Dari tadi aku tercongok kat depan ni. Eh, apalah kau ni Sya. Nama pun masa lunch! Mestilah semua orang dalam bangunan ni nak keluar. Tu yang lambat.

***

Eh, aku macam kenallah perempuan tu. Er, jap. Kat mana ek aku jumpa dia? Wahai otak, proseslah cepat. Yes! Tu bukan ke Nisa? Kawan aku masa sekolah dulu. Eh, tapi apa dia buat dekat sini? Yang kau buta ni kenapa Hazriq? Mestilah dia tengah lunch dengan Sya. Eh, dia lunch dengan Sya? Biar betul? Tapi nak kata aku salah nampak, aku tak rabun lagi. Bila masa dia orang berkawan? Setahu aku Nisa kawan dengan Ira. Ira? Perempuan tu. Argh, perempuan tu! Tak boleh jadi macam ni. Aku mesti jumpa Nisa. Walaupun plan asalnya adalah untuk mengikut kemana saja Sya pergi, tapi nak buat macam mana. Ada masa silam yang belum diselesaikan antara aku dengan perempuan tu. Setelah dia orang berdua berpisah, aku keluar daripada keretaku. Aku menuju ke kereta Nisa semasa Nisa pun menuju ke arah yang sama.

"Nisa!" Aku berkata. Nisa nampak terkejut dengan kehadiranku.

"Er, awak siapa? Macam mana awak tahu nama saya?"

"Ni Hazriqlah. Eh, maksud aku, ni Emir."

"What? Are you E.. Em.. Emir? Tapi... Tapi macam mana kau... Kau boleh tahu aku kat sini? Apa kau nak dari aku?"

"I have something to ask and you! You have to tell me a long story while having a cup of coffee. Come." Aku menarik tangan Nisa dalam keadaan mukanya masih terkejut dan tidak dapat berkata apa-apa. Setelah memesan dua cawan kopi, aku memulakan bicara.

"Okey, aku nak tanya ni. Macam mana kau boleh kenal Sya?"

"Sya? Siapa pulak Sya ni?"

"Syalah. Yang tadi kau lunch dengan dia." Ish, dia ni. Dia yang makan dengan Sya tadi, takkan dah lupa kut.

"Nama dia Sya ke? Setahu aku nama dia Ira."

"A... Apa? Nama dia I... Ira? Kau... Kau biar betul?"

"Betullah. Buat apa aku nak tipu pulak. Itulah Ira yang kau dah tinggalkan 14 tahun yang lalu." Jangan cakap dekat aku yang selama ni Sya yang aku kenal itu ialah Ira. Tolonglah aku Ya Allah. Setelah itu, aku dan Nisa berkongsi kisah lama.

***

"Kakak!" Syahirah memeluk Diyanah yang sedang sarat mengandung. Bayi yang didalam perut Diyanah dijangka akan keluar lagi 2 bulan.

"Sya! Lama dah tak nampak Sya. Kenapa lama dah tak datang rumah akak?" Diyanah bertanya.

"Hehe, Sya busylah akak. Oh ya, Abang Faiz mana?" Baru sahaja Sya hendak duduk di sofa, Diyanah sudah pergi ke dapur. Oleh kerana kasihankan kakaknya yang seorang itu, Sya mengikut sama kakaknya ke dapur.

"Dia belum balik lagilah. Sya makan malam dekat sini eh?"

"Hmm, boleh jugak. Nanti Sya tolong akak masak." Aku pun mula memanaskan minyak di kuali.

"Sya, akak nak tanya sesuatu ni. Bila Sya nak kahwin?" Erk, kahwin? Kenapa kakak tanya pasal kahwin pulak ni?

"Hmm, entahlah kak. Belum ada jodoh lagi kut. Biarlah. Lagipun Sya tak bersedia lagilah."

"Tak bersedia? Sya tahu tak umur Sya sekarang dah berapa? Dah 29 tahun dah Sya."

"Ye, Sya tahu. Tapi Sya..."

"Okey, okey. Akak faham. Akak minta maaf. Akak tahu Sya masih teringat masa lampau Sya. Tapi sampai bila Sya? Dah 14 tahun dah berlalu. Akak nak jugak tengok adik akak hidup bahagia. Takkan sampai bila-bila pun Sya nak hidup macam ni? Tak kesian ke dekat papa dengan mama? Dekat diri Sya tu sendiri? Jangan seksa diri, Sya. Sya tahu tak, walau betapa keras pun hati seorang wanita itu, dia tetap memerlukan seorang teman hidup dalam hidup dia."

"Sya tahu kak. Mungkin nilah takdir Sya. Jumpa jodoh Sya lambat. Aish, kenapa Sya pergi mana-mana je, semua orang nak sebut pasal bila Sya nak kahwin? Bencilah."

"Tahu pun benci. Kalau tak nak orang semua tanya bila Sya nak kahwin, Sya kahwinlah cepat. Nanti berhentilah diorang semua tu. Hah, lagi satu. Bila Sya nak ambil alih syarikat? Mama dah bising-bising dah."

"Ala, akak. Sya nak cari pengalaman dululah. Tunggulah lagi beberapa tahun. Kalau susah sangat, apa kata akak je yang ambil alih syarikat? Kan senang."

"Sya, akakkan tengah mengandung. Lagipun, lepas akak bersalin, akak ingat nak jadi suri rumah sepenuh masa. Nak jaga anak."

"Ala, akak ni. Kan banyak babysitter kat luar sana tu. Tak pun, untuk sementara waktu ni, akak ambil alih dulu syarikat. Nanti bila Sya dah bersedia, baru Sya ambil alih. Boleh?"

"Hmm, tengoklah dulu." Setelah siap memasak, aku menghidangkan makanan di meja makan. Aku dan kakak hanya tinggal menunggu Abang Faiz sahaja untuk pulang supaya dapat makan bersama.

No comments:

Post a Comment